Wednesday, October 28, 2009

Penat sangat....

assalammualaikum...

hari nie dan semalam adalah hari yg penat bg amal seminggu nie.....class fannul kitabah doc bg homework lbh kurg 60 soalan....kelas markaz lungoh dr.umar n ustzah ala' pun bg homework yg x kurg hebatnye....x tahu nak arrange masa mcmne nak settle homework2 tu...blk class semalam terus wat homework markaz lungoh.....walaupun x habis...malam tu, gi bayt insyirah bersama syikin, fadhilah n nani....mintak tolong k.zimah ajar fannul kitabah...alhamdulillah settle tapi x tulis dlm kertas lagi...tetibe migrain menyerang...x blh nak wat keje ape...blk umah terus tertido..x smpat nk tukar baju...tetibe bngun dah pkul 4.30 pg...nak study tapi takut...sbb housemate still tido lg...so, smbg tido... pg td bngn kul 5.50...lps siap2 watla homework markaz lungoh sbb nk antar kt doc pg tadi...alhmdulillah settle tepat kul 7.15...pastu siap2 nak g markaz lungoh....class dr kul 8.30-12.30....balik markaz lungoh tghari tadi...x smpat lunch pun..smbg wat fannul kitabah samapi tertido...sedar2 je dah kul 3.30...kelam kabut siap2...kul 5.00 ptg, class fannul kitabah...ade pulak org arab tu ckp jgn ingatkan doc pasal homework tu coz dorg x buat pun...eeii, tension je...kitorg ni student malaysia bermati-matian siapkn homework tu....last2, doc x ingat pun n ckp bincg mggu depan...sdey sgt..tpi xpela ilmu...balik class kul 6.40 mlm...dgn x sarapan n lunch...penat sgt...smpi umah je, afifah dah msak...kire bkk posela wlupun x pose...alhmdulillah...lega hati homework untuk esok xla bnyk sgt...br ade mase update blog ni mlm ni...

Friday, October 23, 2009

mu'tah..

pada pkul 7.oo ptg..akhawat n syabab jais termasuk k.dalilah , k.ummu n k.mijah....kami memulakan perjalanan ke mu'tah...kami kre sana atas jemputan ibu na buya ajak makan2 sikit...perjalanan mengambil mase 3 jam 15 minit...tepat pkl 10.15..ibu n abuya sudah menunggu kami...syabab pula telah bermalam di rumah member2 dorng..akhawat bermalam di rumah ibu n abuya amal...

setibanye di rumah, kakak2 di mu'tah menolong ibu masak menjamah kami makan malam...memg lapar time tu...sedap mkn ayam msk kuning n sambal ikan bilis....igatkan nk tido..tapi seronok pula mendengah ibu berceloteh..agak lewat juga baru kami mengambil tempat masing2...

keesokan harinye...lps bersarapan..kami menziarahi jamiah mu'tah...semakin cantik n bertambah besar brbnding 2 tahun lps amal lihat..medicine pun dah ade...bergambar sakanla masing2..selepas sejam lebih, masing2 kepenatan dan kelaparan...blk umah ibula jwpnye..jemputan ibu selepas solat jumaat..

selepas makan tghari n solat semua...mula2nya rancang nak ke mazar..untuk melihat makam para syhada' namun ade masalah yg x mengizinkan..kami menukar perancgn untuk berjalan2 untuk melihat jubah..tpi bkn melihat je..membeli sekali...dah namenye perempuan....ber'shopping' sakanla....dari pkul 3.30 -5.30 bershopping..banyak jugala akhawat ni membeli belah..lgpun jubah dimu'tah murah berbndg di irbid...n kos hidup di mu'tah pun murah....dah namenye kampung...

pkul 7.00 mlm, kami semua bertolak pulang ke irbid....dalam perjalanan pula, ribut pasir melanda....kenderaan semua berhenti....lbh kurg 10 minit terkandas....takut jugak sbb pernh merasai kt yaman dulu...ade yg smpi accident...tpi alhamdulillah semuanya selamat...kami menruskan perjalann....pkul 10.30 kami sampai di irbid.,..alhamdulillah semua berjalan lancar n selamat...

UCAPAN TERIMA KASIH KT IBU ABUYA, KAKAK2 N AMU2 YG BNYK TOLONG IBU...THANX MASAK UNTUK KAMI N BAGI KAMI MKN...LUVE U ALL.....

Monday, October 19, 2009

Islam agama yang syumul

Islam adalah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak . Baginda Rasulullah ( s.a.w. ) telah menerima daripada Allah taala satu risalah lengkap tersebut melalui wahyu al Qur’an al Karim yang merupakan sumber rujukan utama Islam .Kemudian , Rasulullah ( s.a.w. ) diperintahkan untuk menyampaikannya kepada seluruh umat manusia di samping mempraktikkan ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam al Quran itu . Akhirnya , Islam diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang lain sebagaimana asalnya tanpa sebarang keraguan dan syak wasangka .
Islam juga adalah satu ad Din yang memiliki unsur kekuatannya yang tersendiri dengan keunikan aqidah , ibadat dan juga akhlaknya di samping bercirikan syumul kerana ianya bersifat terbuka kepada seluruh umat manusia . Ini bermakna bahawa Islam bukanlah satu agama yang khusus kepada orang Arab sahaja atau agama kepada satu-satu umat tertentu , bukan juga agama kepada kasta-kasta tertentu , sebaliknya Islam adalah agama kemanusiaan sejagat tanpa mengira kaum dan warna kulit pada sepanjang zaman . Sehubungan itu , Allah ( s.w.t.) berfirman maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutusmu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk umat manusia seluruhnya , sebagai Rasul pembawa berita gembira ( kepada orang-orang yang beriman ) , dan pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ingkar ) , akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ( hakikat itu ) . ( Saba’ : 28 )
Dengan erti kata lain , Islam telah menyeru sekalian manusia ke arah dasar persamaan dari segi kemanusiaan dan mereka semua sama-sama berganding bahu dan bertolak ansur dalam mendepani perjuangan hidup . Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ) . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu ) . ( Al Hujurat : 13 )
Sebenarnya , manusia adalah sama dari segi asal usul kejadiannya dan apa-apa perbezaan sesama manusia dari segi bangsanya , warna kulitnya dan sebagainya bukannya untuk menjuruskan ke arah pertelagahan dan permusuhan . Sebaliknya , ianya adalah sebagai satu jalan ke arah saling kenal mengenal , mencari keserasian dan tolong menolong antara satu sama lain . Ada satu kaedah yang membezakan antara seseorang manusia dengan yang lain dari segi asal usul kejadiannya dan juga keistimewaan yang dikurniakan Allah iaitu istiqamah dalam hidupnya dan berusaha merebut keredhaan Allah ( s.w.t.) .
Inilah dia dasar Islam yang tidak mengenal perbezaan perkauman , asabiah kabilah , puak atau agama . Islam tidak mengiktiraf sebarang usaha penindasan terhadap saudaranya yang lain kerana semua manusia adalah sama taraf , yang berbeza cumalah iman yang bertapak dalam jiwa seseorang dan amal salih yang lahir melalui anggota tubuh badannya yang mana akhirnya akan mencipta kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Saturday, October 17, 2009

raye kt msd

hari ni g raye kt malaysian student department....msd..bertolak dr kul 9.30 smpi kul 11.45...kami dijamu dgn pelbagai hidangan terutama sate..yela hidup di perantauan ni susah nak dapat..dapat jugak berjumpa ibu dan ayah dari mu'tah..seronok juga dpt beraye dgn ibu n ayah wlupun bkn hari raye pertama..di samping itu, ramai sahabat2 dari mantiqah2 lain seperti mu'tah, mafraq n amman..dapatlah mengeratkan silaturrahim...pkl 2.30 bertolaklah kami dr msd untuk pulg keirbid..dlm perjalanan semuanye tidur kekenyangan..tepat 4.30 sampailah kami di irbid...walaupun kepenatan, mengingatkan homework yang banyak..kuatkan diri juga untuk menyiapkan..akhirnye siap juga..alhamdulillah.

Friday, October 16, 2009

ayam masak merah

alhamdulillah...hari ni berjaya jugak impian nak masak ayam masak merah..dengan bantuan k.dalilah...hari ni cadangnye nak gi umah k.nik n k.hanis lepas asar..beraya sambil ambil kasut sport tertggl kt umah diorg...walaupun raye dah nk abis..still semangat raye...malam karang ade kuliyyah agama...i.allah dapat mengisi hati yang semakin lame semakin kosong....oklah post untuk hari ini..

Thursday, October 15, 2009

study

alhmdulillah...dah sebulan lbh amal smpi kt jordan...baru berkesempatan nak update blog...banyak dugaan dah cabaran bile sampai kat bumi jordan ni...rase macam hilang semangat pun ada....tetapi alhamdulillah semangat tu datang balik..kini, baru amal rasa time form 5, ramai kawan2...study same2....itulah memory yg plg best bg amal...namun kat jordan ni banyak mengajar mematangkan diri....dari tak tahu masak, kene bljr memasak..hidup berdikarila katekn...housemate. k.dalilah n afifah bnyk tolong amal...syukran...kini, dah masuk markaz lungoh...banyak kerja rumah...penat tu memang penat lagi2 hari isnin n rabu....dari kul 8.00 pg hingga 6.30 ptg baru blk...kelas fannul kitabah.kdg2 rase nak nangis pun ade bile blk sorng2 time dah maghrib..tapi xpe..kejayaan perlukan pengorbanan...mula2 memag tak faham langsung sebab doc gune bahasa arab ammiah(pasar)..pastu kami pelajar malaysia pergi jumpe doc...alhamdulillah..sikit2 dah fhm bile doc gune bahasa arab fushah...lebih2 lg syikin(kawan) selalu tolong dlm pelajaran..syukran syikin...minggu lepas... ade mhs....sambutan mahasiswa baru...banyak jumpe ngan kawan2 dari mafraq, amman n irbid....bestla jugak..ade pengisian yg boleh diambil....pade hari terakhirnye mhs, ade sambutan hari raya mppm...tu yang wat lg best...oklah...ni je kot yg nak dipost...i.allah amal post lagi...klu ade mase...doakan kejayaan amal.