Monday, June 14, 2010

YaNG terSAyaNg

Tepat 1.30 a.m
mataku x mampu untuk lelap....fikiran mula melayang teringat keluarga di Malaysia yg sdh lama x kutemui...setelah petg td berbicara n bertemu diruang ym namun x dapat mendengar suara mereka...dan yg paling menghibakan hatiku pabila wan(nenekku) ada dihadapan screen laptop ni dgn hanya view my webcam...hati mula menyentuh hati melihat wajah wan dimamah dek usianya....wan yg berusaha untuk bercakap dgnku namun masalah teknikal yg x dpt dielakkn x dpt berbicara...

di ruang ym bersama wan dan kebiasaanya pabila berhubung ...ayat2 ini yg selalu diucapkn....walaupun bkn dr jari2nya menaip..adikku nuqosh berusia 9 tahun menaipkan untuknya...

wan..teriakku dgn perasaan yg gembira bercampur hiba....
"wan sihat?" amal ...
"alhamdulillah wan sihat"...
"rindunya kat wan, nant amal balik bln8 kita jumpa ya..."
"ok..i.allah..."
"wan sayang amal x?"
"macamla kau tak tau?" jawab wan dan senyumannya didalam webcam....cukup mengembirakan hati seorg cucu....
"pelajaran mcmane? wan selalu doakan untuk amal n kawan2 amal semua kat jordan...semoga berjaya....rajin2 belajar...jgn fikirkan bende2 yg x sepatut difikirkan..dan sekiranya itu yang terbaik untuk amal...i.allah..wan sentiasa doakan..." ayat yg selalu ditanya n diucap apabila berhubung dgnku....
"alhamdulillah wan..amal tgh cuti...baru lpas exam...alhamdulillah pelajaran ok..wan doakanlah selalu ye....bila wan nak dtg jordan? ikutla ibu n ayah nak dtg sini nanti.." dan ini jawapannya apabila diajak...
"wan dah tua, boleh ke wan nk jalan2 jauh2 tu....." hatiku sayu mendgr dan air mata berlinang....

-dan seterusnya perbualanku dgn familyku, gembira hati pabila mendgr dorg nk bercuti ke singapura....
di saat pagi yg sunyi ini, mengimbau memori lalu di fikiran ini, mungkin x semua org berperasaan sepertiku....hidupku dari kecil sehingga umurku 15 tahun bersama wan berbeza dgn adik beradik yg lain...bukan x diajak ibu n ayah untuk tggl bersama namun diri ini yg menolak untuk hidup bersama wan....dan teringat satu ketika dahulu.....

Di dalam kelas...
cikgu: Hari ni cikgu nak tanya sape orang yg kamu sayang dalam hidup kamu....
semua kawan2 sebelumku menjawab...
"ibu dan ayah saya"...
tiba giliranku...hatiku bercampur aduk pabila disoal dgn soalan ni...
"wan saya pastu ibu ayah saya"....dan dalam fikiranku teringt kata2 seorg ustazku...org yg pertama perlu kita sayang kt dunia ni ibu kita 3x..lpas tu br ayah kita....
selepas kelas, kuberjumpa cikgu yg tanyakan soalan yg bermain difikiranku sebentar td untuk mndapatkn kepastian...
"boleh je kita nak sayang wan kita lebih ibubapa kita sendiri tetapi jgn kita menyalahi syariah islam sehingga kita menjadi anak derhaka...."jawab cikgu.... ayat itu masih kuingati hingga ke saat ini....
dan pabila ku teringat....wajah wan,ibu, ayah dan keluarga muncul...

Walauapapu...amal sayang semua walaupun wan tetap yg pertama kat hati amal.....<3>3<3

" YA ALLAH, SEMOGA KAU AMPUNI DOSA2KU DAN KELUARGAKU SERTA PANJANGKAN UMUR KAMI SEMUA....AMEEN"

Saturday, June 12, 2010

TaTkALa UjIAn mELanDA, UsAH KEcEWA kErNA hIDaYAh meNYApa


Andai dirimu pernah merungut lantaran diuji derita, hingga terabai tanggungjawab kepada Yang Esa,Ingatlah, dulu pernah ada hamba cekal bernama Ayyub, cekal menempuh ujian yang sama.Andai pernah mengeluh dihimpit tugas yang menyibukkan, hingga tergadai amanah Tuhan.
Ingatlah, dulu pernah ada hamba bersyukur bernama Sulaiman. Mentadbir dunia dengan penuh ketundukan.Andai lemahmu lantaran nikmat Tuhan yang melimpah, hingga tergadai maruah dan harga diri.
Ingatlah, dulu pernah ada hamba bijak bernama Yusuf, tampannya yang tidak perlu memujuk, menggoda. Dikelilingi manusia yang bergelora serakah.Jua andai resahmu lantaran penentangan dari anak dan isteri, bagai takdir Ilahi tidak adil buat kamu Ingatlah dulu pernah ada hamba yang penuh cekal bernama Nuh. Seruan Tuhan dinafi anak isteri. Memujuk zuriat hingga ajal memisahkan mereka.Mungkin kecewamu hingga rasa tiada makna untuk hidup, memilih jalan sepi yang ’mati di dalam mati’.
Ingatlah, dulu pernah ada insan yang amat mulia bernama Muhammad. Menitis air matanya saat roh sucinya mahu dijemput. Bukan mencintai kehidupan, namun tiada yang terlintas difikiran selain kerisauan terhadap ummatnya ..”Ummati..ummatii.....
Dulu suatu ketika, Junjungan Mulia pernah berdoa moga-moga Allah memberikan hidayah kepada bapa saudara baginda yang tercinta. Logik akal kita, sePATUTnya Abu Talib yang banyak membantu dakwah baginda LAYAK untuk menerima nikmat tidak terhingga tersebut, namun keegoan menafikan.
Allah tidak memilih Abu Talib untuk mendapat nikmat tersebut, tapi memilih Aku dan Kamu!!Siapa Aku dan Kamu untuk layak menerima hadiah berupa hidayah daripada Allah.?Nilai ini tidak akan terasa saat Aku dan Kamu tidak merasakan kita yang terpilih.Bagaimana besar harapan Baginda saat bapa saudara tenat di sisi. Tidak mungkin tiada sebarang cetusan hati dalam sanubari baginda.”Ya Allah, berilah hidayah kepada bapa saudaraku Abu Talib. Bukalah pintu hatinya, tunjukanlah kepadanya jalanMu yang sebenar” mungkin lebih dari itu doa Junjungan kita.Tapi ingat, doa Baginda adalah doa mustajab. Doa yang pasti Allah tidak tolak tanpa sebab.Namun bagaimana doa manusia setulus dan semulia baginda Allah tidak perkenankan.
Bila lagi kita mahu bersyukur? Adakah menunggu Allah sendiri menyatakan;”Aku tak MAHU bagi hidayah pada Abu Talib, kerana nanti akan ada hamba aku bernama _____yang lahir di Malaysia, 1400 tahun lagi. Dia tak mulia, dia kat ceruk kampung hulu, dia tak hebat, dia tuh banyak dosa, mungkin dia dari keturunan orang yang sembah berhala-berhala sekarang. Tapi Aku pilih dia untuk menerima Hidayah dariKu” merenung...,
Alhamdulillah, kita terselamat dari diciptakan sebagai makhluk terkutuk untuk menggoda adam dan hawa suatu ketika dahulu. Yang pasti neraka sedang menyeru menanti kehadiran atas mulanya derhaka.
Alhamdulillah, kita jua terselamat dari menjadi kelompok umat hud yang diazabkan Allah dengan azab pedih..
Alhamdulillah, Allah tidak menjadikan kita benih-benih zuriat dari perut ibu-ibu penentang untuk ditenggelam lantaran menolak dakwah Nuh dalam banjir besarnya. Mungkin sekarang sedang menderita perit dibalik lumpur keras menerima azab Tuhan.
Alhamdulillah, kita tidak disenaraikan Allah dari golongan kaum Luth yang mati terseksa diterbalikkan kampung lantaran laknat Tuhan. Renunglah susuk derhaka yang sekarang kaku bagaikan batu.
Syukur, kita tidak ditaqdirkan menjadi para tentera Firaun yang kelemasan menjadi tontonan manusia sehingga sekarang.Juga kita bukan tentera-tentera musuh yang berperang melawan dakwah Rasulullah suatu ketika dahulu. Menerima libasan mata pedang para syuhada’ dan malaikat yang membantu.
Lebih-lebih bersyukur, kita tiada dalam check list untuk tenggelam dan menjadi mayat-mayat berseluar dalam mati kembung lagi terapung tidak terurus bersama bergunung sampah di bawa arus tsunami, menjadi tontonan manusia lain di seluruh dunia (takziah buat yang soleh). Jua tidak tersenarai dalam mangsa kemurkaan gempa Chile.
Lebih bersyukur, menjadi manusia yang masih hidup dan mampu terus bersujud.Rapatilah telingamu dikubur dan bertanyalah si mati,”Aku masih bersyukur walau telah mati, kerna matiku dalam Islam yang diredhai. Kerna masih ramai yang hidup didunia sekarang, namun hidup namun dalam menderhakai Tuhan”Maka, atas alasan apa lagi kamu memilih untuk terus kecewa?

”maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?”Syukur Ya Allah, terima kasih Ya Rasulullah..

HaTi SeORaNg WaNIta...

sekadar perkongsian...tetapi xtau kepastiannye atau kesahihannye....


-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

Friday, June 4, 2010

mabruk ayah,....

alhamdulillah...
seusai sudah ayah menamatkan pelajarannya di jordan ni....
selepas bersekang mata, akhirnya tamat master di dalam fiqh wa usul selama 2 tahun setengah.. pejam celik, pejam celik ayah dah habis study...kini amal pulak meneruskan perjalanan dibumi yang barakah ini....i.allah.....

pagi ni ibu antar mesej..." amal, alhamdulillah kerja ayah dapat sebagai penolong pengarah kanan maahad tahfiz dan bahasa arab...ayah tunjuk surat kat ibu, ayah kata pangkat dunia..."

mabruk ayah, berbaloi sudah dengan kerja keras ayah selama ini..malula amal jd anak kepada org kuat bahasa arab n amik kos b.arab...xleh jadi ni...(senyuman penuh bererti) hi2...
ibu pulak yg selama ini menjadi tulang belakang ayah, ikut kemana ayah merantau dalam mencari ilmu yg tidak pernah habis....semoga allah membalas jasa ibu.....ibu, ibu adalah ibu dan isteri yg baik dan solehah...

papepun ayah...semoga happy ngn kerja ni n semoga berjaya dalam kerjaya ayah, di dunia dan akhirat...doakan amal pun boleh jadi mcm ayah..hihi..ameen..i.allah..

amal sayang ibu n ayah serta family <3<3<3