tirai berlabuh

Friday, December 16, 2011

kehilangan~

alhamdulillah, kehilangan benda yang sgt berharga sudah cukup buat hati ini sedih, hari ini cukup 5 bulan perkahwinan kami, 2 minggu lepas kami kehilangn anugerah permata yg dinanti2kan pasangn yg baru bernikah....pada 24hb 11, tidak disangka2kan disebabkan negative selepas preg test...malam itu, turun darah n tak syak apa2 mungkin period, keesokan paginye, g toilet tengok ade darah ketulan lain dari period sebelum2 ni, bgtau kt housemate n adik, then g je class walaupun darah dh bnyk turun, sakit perut n sakit pinggang...mmg x senang duduk kt class tapi cool je..:) balik tu dah x thn, drg bnyk n still ketul2...ajak kawan2 g hospital, doc ckp rahim kosong n pregnant pun xde, n doc bg ubat suh datang esok pulak...esoknya g jumpe doc scan n die seluk tgk, die ckp myb dah gugur klu gugur myb dah 3 minggu lps, still x caya...senyap jela..n amik ubt ape yg doc bg....susah jgk nak terima mulanye, senyap je....bgtau family, n my hubby, just bgtau bleeding je, then die terus fly dr mesia ke jordan...sgt2 terharu, sgt2 memerlukan die pada saat itu...alhamdulillah hari ke 10, bleeding dh stop... n today, bad news from my sister, she also misscriage after month...ya allah bnyknye dugaan, hati ini sedih walaupun 3 minggu baru n x tahu lg pulak yg dh 5 bulan n menunggu2 saat baby ini akan lahir, semoga ecah n abg dent tabah, allah nk uji n anak2 kite tggu kt syurga i.allah...ade hikmahnye n myb ade rezeki lain allah bg,,,:).....abg, maafkan ayang, i.allah ade rezeki lain, kite usaha n doa same2 ye...love u sayang,,,:)<3<3<3

Saturday, October 15, 2011

HiDupKu KiNi...

ALHAMDULILLAH
Syukur ke hadrat illahi, sehingga ke saat ini, amal dapat bernafas di bumi ini...sudah 20 hari dibumi irbid memikul amanah dan tugas sebagai mujahidah di bumi irbid ini tanpa suami di sisi....macam-macam perasaan yang datang dan pergi dalam hati ini...saat suami tiada di sisi, jiwa memberontak dan putus asa untuk meneruskan amanah ini sangat2 menguji namun saat itu allah datangkan kesabaran dan ketabahan dalam hati ini...sokongan dan semangat dari suami dan keluarga banyak memberi ketenangan,, kawan-kawan tidak penat memberi kata-kata perangsang....alhamdulillah syukur sangat-sangat....syukran a'laikum

Setiap kali lemah mesti amal akan teringat pesanan-pesanan dari abang..

"to my lovely wife.....
ayang, abang harap sangat-sangat ayang dapat study dengan cemerlang sementara abang tiada di sana k...abang nak ayang try your best to achieve the best muaddal, either jaid jiddan or jaid pun k. i'll alwas praying for us, still allah will always watching for you k. be happy and keep your cute smile always! study well, live happily, i'll always beside you as your supporter!...
from your only husband..
i love u so much....

Walaupun hidup berjauhan selepas kahwin ini, tidak pernah menyesal dengan keadaan ini..hati menjadi semakin tenang dan kekuatan semakin teruji..cinta antara suami isteri semakin kuat dan rindu menjadi tambah dalam mendapatkan pahala....rasa allah sentiasa dekat, menjada diri ini...dan buat adik-adik dan rakan-rakan diluar yang disayangi, untuk menikmati kebahagiaan yang sebenar , dimana pun berada dekat mahupun jauh, apabila sudah menjadi yang halal...i.allah allah akan sentiasa membantu dan memberi ketenangan. bende yang mudah jangan disusahkan sehingga kita memberati kite dengan dosa-dosa....allah yusahhil umurukum...:)

Monday, September 12, 2011

Raya bergelar isteri di kelantan~






Tahun 2011, tahun pertama amal menyambut raya tanpa family di sisi, beraya bersama keluarga mertua di kelantan memang menyeronokkan walaupun kesedihan melanda..:) Suasana kampung yang tidak pernah dirasai, sanak saudara yang peramah...pengalaman baru untuk diri ini..pada hari raya ke-5 beraya dengan family di shah alam...warna tema baju raya tahun ini belah suami, hijau manakala umah family, warna unggu....:) Di kesempatan ini,amal mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini..:)

Hari yang bahagia dalam hidup seorang wanita~

16.9.2011, hari bahagia bagi setiap wanita...diriku bergelar isteri, amanah dantanggungjawab semakin bertambah, berwalikan bapaku dan hantaran mas kahwin 14 dinar 2 dirham menyatukan kami. semoga allah meemberkati perkahwinan kami hingga ke syurga...ameen









Tuesday, September 6, 2011

PERTUNANGANKU~

Pertunanganku ada 16.9.2010...sebagai adat sahaja, dulang diberi 7 dan dibalas 9...ianya bukan sesuatu yang wajib didalam islam tapi hanyalah adat....wallahu'alam



\





Sunday, September 4, 2011

Kisah perkenalanku dan zauji

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi...sudah sebulan 21 hari amal bergelar isteri....dan hari ini amal nak kongsikan dengan family dan rakan2 yang ingin mengetahui kisah cinta amal dan suami yang tercinta...sekadar pengkongsian dan pengalaman hidup.....Perkenalan kami bukanlah sesame sendiri tapi pilihan ibu dan ayah amal dan ada orang tengah k.zie(bukan nama sebenar)..:)...dan untuk pengetahuan, tidak salah perempuan taqdim lelaki macam amal..;0 tapi bukan amalla..ibu ayah amal..;)...namun jodoh antara kami....allah maha mengetahui satukan kami akhirnya..amal syukur sangat2 dapat bertemu ngan abg/sayang/baby...:)
Pada awalnya diusiaku 17 tahun belum lagi menghadapi peperiksaan spm, ibu ada bertanya..”Amal nak kenal dengan seseorang, budak Jordan....ibu n ayah kenal masa pergi ke jamiah yarmouk dan ibu suruh k.zie carikan untuk amal...ydp Selangor(persatuan pelajar2 selangor)”...Amal hanya gelak dan tidak ambil serius langsung tentang apa yang ibu cakap....dan selaku kanak-kanak yang hanya menumpukan pelajaran semata-mata tidak ambil kisah langsung bende2 itu walaupun kakak2 amal sudah berkahwin di usia muda 20 tahun...perkataan kahwin itu belum terlintas lagi dalam fikiran.
Seusai keputusan spm,Bulan 9 tahun 2009 amal ditawarkan ke Jordan dalam bahasa arab, mungkin dah dinamakan jodoh barangkali...:)..Ibu dan abuya berada di Jordan lg sebab ayah amik master dalam fiqh wa usuluhu...ibu dan ayah , mereka adalah ibuayah yang sangat menyanyagi anak2 mereka dan memahami anak2 mereka...dikala banyak ujian dan permainan hati anak mereka ini, lamaran yang datang dan ditolak tanpa alasan.....ibu dan ayah mengambil keputusan untuk mengahwinkan anak mereka...namun apa2 pun terletak ditangan amal, tanpa paksaan.
Ibu dan ayah menghubungi k.zie bertanyakan tentang seorang lelaki bernama MUHAMMAD RAFIEUDIN BIN RASDI....walaupun ibu dan ayah tidak pernah menjumpai lelaki ini tetapi ibu dan ayah suka dan mengangumi lelaki ni , amal pun xtahu....:) hihhi..abg jgn kembang...:) Setelah beberapa hari, gambar pun bertukar tangan dan risikan diantara ibu ayah dan org tengah dan suatu hari, suami amal pun menelefon ibu dan ayah setelah solat istikharah dan minta pendapat org tua dan kawannya die menerima amal...:) ...ibu dan ayah pun menyatakan hasrat mereka untuk menyatukan kami....dan sebagai wanita, semua menginginkan lelaki yang bergelar suami dan ayah yang soleh...amal pun meminta ibu bagi amal masa lebih kurang seminggu untuk amal berfikir dan meminta pertunjuk allah s.w.t dengan jalan yang amal ambil selepas itu....alhamdulillah, syukur sgt2 tidak sampai seminggu, 3 hari amal bersetuju untuk menerima lelaki yang kini bergelar suami amal...
Namun, bukan mudah dalam soal nikah dan perkahwinan ini, banyak ujian dan dugaan dalam menempuhinya.kita hanya mampu merancang allah menentukannya...sebgai seorang wanita, mungkin mudah untuk kita katakan nak nikah lepas kenal...tapi kawan2 diluar sana, tidak semua apa yang apa yang kita inginkan akan terjadi, sebab allah ade menyimpan yang lebih berharga untuk hambanya.....
Setelah hampir setahun, Alhamdulillah kami bertunang tanggal 16.09.2010....dan alam pertunangan adalah alam yang amat2 sukar bagi pasangan yang hampir disatukan oleh allah s.w.t....ujian dan dugaan oleh syaitan dan nafsu, org sudah makan garam mungkin mengetahuinya..:) sama2 diri ini jugak, sabarlah dalam mengecapi kebahagiaan yang sebenar, i.allah hati akan lebih merasainya...;) Namun, sebagai manusia biasa, selepas pertunanganla amal lebih mengenali suami..:)..tapi selepas kahwin lebih mengenalinya....syukran kathir kepada ibu ayah dan k.zie dalam menyatukan kami...semoga allah membalas jasa kalian...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga....16.07.2011, amal diijabkabulkan dengan Muhammad rafieudin bin rasdi...dan diriku kini seorang isteri...semoga allah jadikan hamba2nya soleh dan solehan dan menjadi pemimpin atau imam dalam bahtera rumah tangga dan masid yang dibina...
Akhir kalam,sebagai perkongsian, kepada mereka yang belum bersedia untuk memberi komitmen untuk menjadi suami dan seterusnya menjadi ayah...usahla membina titi yang belum pasti terbinanya jambatan yang boleh dilalui...dan kesediaan itu boleh ditempuhi apabila menghadapinya, jangan jadikan alasan, jgn tunggu kesediaan sbb ianya dtg dgn sendiri......( kata2 ayah amal).....dan sebagai muhasabah diri ini juga, untuk abg tersayang, walaupun cinta ayg terhadap abg no 2, cinta ayg yg utama adalah allah s.w.t.....namun cinta ayg no 1 inilah akan menyatukan kita berdua kelak....i.allah...allahu ma'anaa.

Thursday, September 1, 2011

CINTA~

inta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras.

Friday, August 26, 2011

setelah sekian lama menyepi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Setelah kian lama menyepi, jari jemari pun semakin kaku untuk berblog....akhir amal menulis dalam blog ni 17.12.2010....hampir 8 bulan tidak meneruskan blog ini..mungkin kerana sibuk dan banyak kisah yang dipendam...mungkin selepas ini amal akan menceritakan segalanya dalam blog ini....pada post2 lamaku yang ketika itu aku bergelar "cik Amal basyirah" kini aku sudah bergelar "Puan Amal Basyirah or bahasa org putihnya mrs rafieudin"...:)..macam tak caya je.... btw thanks to my family and my big baby...;)love u all...oklah lepas ini amal meneruskan lg hobi berblog....:) doakan amal...

Friday, December 17, 2010

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Sunday, December 12, 2010

jaulah ke petra

alhamdulillah...
12.11.2010 akhirnye sampai juga jejak ke petra..cuti raya haji ..ape lg berjalanla.:)..
ditemani ahli2 umah kecuali k.sarah..jalan2 syiria...(shopping la tu..hihiihi)..n 2 murakib...:)
tepat kul 6.30 pg bertolak...petra adalah satu tempat bersejarah kat jordan ni....http://en.wikipedia.org/wiki/Petra

Antara gambar2 jaulah...















p/s: mabruk ecah dh wat blog..huhu..:)http://qolbiruhi.blogspot.com

Saturday, November 20, 2010

SanaH heLwa IBu!!!




ا

هذا شعري لامي ولكل ام



اسألوا دمي .. وسعادتي وهمي

اسألوا التوفيق ..

والكدر والضيق

اسألوا الطيب في صفاتي ..

والدعاء اللي في صلاتي

واسألوا شهودي ..

الدموع اللي في سجودي

اسألوهم .. واسألوا دمي ..

عن غلا أمي



سنة حلوى أمي....43 سكرا على كل شيء
احبك يا أمي:)

Salam eidul adha~

Alhamdulillah,
kita sudah pun meraikan hari raya aidul adha ini..syukur dengn nikmatNYA..lembu, kambing unta menjadi korban menjadi lambang aidul adha dan mengigngtkn kite tentang nabi ibrahim dan anaknya nabi isamil....dalam meniti perjalanan aidul adha ini..kita mesti dikaitkan denagn pengorbanan...perngorbanan yang bermaksud memberi atau mengorbankan apa yang dimiliki keranan allah s.w.t..samaada harta, tenaga, masa n seumpamanya....


Diam-diam hati terlintas...apekah pengorbananku sudah cukup untuk dinilai??? dibandingkan dengan nabi-nabi, rasul-rasul, dan para ulama'....mungkin secebis pun belum pasti....zaman dahulu..mereka berkorban dengn meninggalkan keluarga, harta wang ringgit untuk berperang ke jalan allah..menghayun pedang menaiki kuda dalam jiwa hanya berdetik dengan kalimah syahid...jika ditanya, sanggupkah kita berkorban sebegitu rupa??...sejujurnye mungkin diri ini pun tidak sanggup..namun pada zaman ini..kita mampu untuk berkorban kerana allah s.w.t telah pun membuka jalan kita dengn pengorbanan yang tidak seperti umat-umat terdahulu...tidak perlu pergi jauh..pandang kepada keadaan kita sekarang...sebagai pelajar mujahid di jalan allah....ini juga dikira pengorbanan...masa, tenaga, harta dan seumpamanya...bukankah kita mampu untuk berkorban??? cuma kita yang mempunyai banyak alasan dan tidak mensyukuri dengn nikmat n jalan untuk kita berkorban...



Oleh itu, kita sama2 koreksi diri pengorbanan itu kita mampu untuk lakukan samaada kita nak atau taknak sahaja...bukan sahaja peranan kita sebagai pelajar, sebagai hambanya kita mampu untuk berkorban dengan setiap apa yang kita lakukan dari bangun tidur dan masuk tidur kembali...kita mampu saluti dengan pengorbanan...i.allah diri ini dan lain2 same2 kita terapkan diri dengn pengorbanan..i.allah akan dinilai oleh allah s.w.t...

Monday, November 8, 2010

~imtihan n syita'~

bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama x post kt blog ni..rindu pulak even x tau nak tulis ape.:) alhamdulillah br je abes imtihan awal untuk sem ni...n result pun semua dah dapat..ermm..alhamdulillah syukur...even rasenye kalau usaha lebih lagi mesti boleh dapat markah lg bagus...hihhi..budak rajin katakan..mcm tula gayenye..:)...orang kate belajar awal2 senang masuk n mudah tpi bg amal, ade betulnye tpi kadang2 amal ni jenis last minute br masuk..myb ikut org jgk kot...tpi belajar last minute ni ade buruknye jgk..saat2 akhir nk exam br nk msukkn semua dalam otak kita yg ade spacenye yg terhad...boleh pusingla...:)...so,better belajar jela dari awal even x masuk ke ape xdela pening nnt dh nak exam kn???....(ckp berdasarkan pengalaman)..hihi..papepun alhamdulillah syukur sgt dgn markah2 yg amal dapat...kena usaha lg kalau nak lebih kn..chayok2 untuk imtihan thani n niha'ie nant...khas jgk kt semua member2 yg sedang mengalami fatrah imtihan nie...bittaufiq wannajah...:)

Tatkala fatrah imtihan sedang berlangsung, syita' pula baru menjelma..kadang2 sejuk kdg2 panas tapi kesejukan tu dah dirasai...dlm umh pun dh boleh dh pki baju sejuk n duk dlm selimut jela..:) kulit pun dah mula kering..kenala sapu losyen banyak2 kn..:)...x sabar rasenye nak tunggu syita' yang betul2 tapi nnt dah rase xnak plk x tahan sejukla..mcm2..nila manusia...x pernah nk syukur..hihiii..

p/s: BITTAUFIQ WANNAJAH SEMUA YANG IMTIHAN..ALLAH YUSAHHIL UMURANA...n selamat menyambut syita'..ibu ayah n family: doakan amal berjaya n happy sentiasa ye..:)

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM

Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan uang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahwa ia takut pulang. Ia khawatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau antarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka karena Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan uang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hanba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

Fathimah az-zahra rha dan Gilingan Gandum

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

Tuesday, October 19, 2010

مولاي
مولاي صلى وسلم دائما ابدا...
على حبيبك خير الخلق كلهم...

محمد سيد القونين واثقلين...
والفريقين من عرب و من عجمي...

أذيت في لهى لم تهزم و لم تهن...
حتى غدت أمة الاسلام فى النجم...

يا حبيب الله رسول الله امام المرسلين...

سريت من حرم لليلا الى حرم...
كما سرى البدر في داج من ظلم...

وبت ترقى الى انلت منزلة...
من قاب قوسين لم تدرك و لم ترم...

Kecantikan yang Akan Kedam

Oleh Dr Tuah Iskandar Al-Haj
Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.
Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.
Ulama: Mengapa?
Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.
Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.
Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.
Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?
Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.
Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.
Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Wednesday, October 6, 2010

sharing moment~

alhamdulillah.. thanks to God at all the blessings of happiness .. .. I write this as an expression of faith and sharing as I know how important all of this ...

I'm not someone who is easy to share my problems and the expression of the heart ... recently I was faced with many trials and challenges ... I'm hard to share and express it makes me very burdened ... always keep that feeling very tired for me .... until one moment, I felt at not afford to keep all of this ..... someone who I love, always tells me ... we need to share and express what we feel sometimes ... and there should be sharing the moment ... Sometimes we are just ordinary people full of feeling ... how hard we are, we are only human ... I could not want to trick myself and pretending again...and i must be someone who is honest with myself ..

after a while, I express all of the saved and all that has charged me for this so far .... thank God, my heart more peaceful and easy to get all that I was facing and will face i.allah .....

thanks to the gods give me someone who always support me and enlighten me .. I'm happy with this situation ..... thank God ... I hope to god I'm always remain in this situation .. ameen ..:)

Friday, October 1, 2010

Pinggan Untuk Ayah

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam
tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.
Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:”Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
“Oh! Ya…” bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
“Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,” kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
“Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,” kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
“Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?” kata Viva pada ayahnya selepas makan.
Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
Moral:
Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Mahalnya Sebuah Kehormatan

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang.
Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab “Tidak, saya sedang makan”.
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama.
Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahu beli kuih, bang ?”
Pemuda tersebut menjawab, “Tidak dik, saya sudah kenyang.”
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya.
Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya.”
Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, “Bang mahu beli kuih saya ?”.
Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.
Katanya, “Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik.”
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
“Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain?”.
Katanya, “Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?”
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis”.
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa “kerja adalah sebuah kehormatan”.
Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan bererti besar.