tirai berlabuh

Monday, May 24, 2010

~arab's house~


tuffah yg disaluti madu....manisnye...

layali libnan


mansaf....

bersama kawan arab(sobirin n a'la), zati n aishah....
bersama ummu sobirin n adik2nye...


last month, aishah, amal n zati.....kami g umah sobirin ditemani a'la...
kami naik teksi wat2 tau je jalan...hihihik..
sesat lak tu...tpi salah pak cik teksi tu jgk...hihi..
tapi best dapat jumpe family org arab ni...
boleh mempraktikkn b.arah kitorg yg x berape mantap...
g jln2 umah family sobirin yg dekat2 jgk ngn umah die...
lastly, memg best g umah org arab ni
lbh2 lg mknn dorg yg begitu banyak n mantap. sure kenyang bile blk
x mkn 2 hari lps tu pun still kenyang...

Saturday, May 8, 2010

Selamat hari ibu

FOR U IBU...

Seorang wanita
bermahkota ibu
menggenggam jari-jari kecil
ikatan ini tidak kan terurai
kerana tautan ini
tautan darah dan akidah
dan rahmat dari ALLAH
kini ibu
peganglah tanganku ini
biar kubawa
ibu menjelajah
hasil titik peluhmu
biarku bawa
ke alamku
hasil ukiramu
selama ini
dodoianmu ibu
membina benteng pemisah
antara hak yang batil
membakar semangat perjuangan
mengalih kasih pada
junjungan tercinta
tersujud lemah
mengabdi diri kepada yang ESA
jika belum pernah
kau dengar ucapan terima kasihku
ketahuilah doaku ini
moga tuhan menyayangiku
sepertimana kau mengasihiku
dari dulu hingga kini
untuk selama-lamanya....

Wednesday, May 5, 2010

Nukilan hati

Asslammuaaikm w.b.t
malam yg meriah detik 12.30 pg ,
ditemani aishah,k.t-qah n k.dalila di ruang tamu,
jari ini bagaikan gatal untuk menaip....
tatkala amal merenung kelendar,
cepat masa berlalu,
kini berakhir imtihan thani untuk fasal ini,
menanti imtihan niha'ie...
semakin banyak juga tanggungjawab dan amanah yg dipikul...
pejam celik, pejam celik...
9 bulan berada di bumi jordan ni,
macam tak percaya dapat bertahan ke saat ini,
banyak pengalaman dan memori terindah bermain di fikiran,
jauh perjalanan, luas pengetahuan,
semakin banyak ilmu yang dapat,
makin susah untuk diamalkan....
semakin dekat ilmu-NYA,
semakin rase diri ni kerdil.....
semakin umur ini meningkat,
semakin banyak ujian yang diberi-NYA,
semakin lama di bumi jordan ini,
semakin rindu kampung halaman dan keluarga...
semakin sayang kat sahabat2 dan kakak2,
semakin takut untuk menghadapi perpisahan..,
hati ini takut dan terasa hina,
takut untuk menghadapi kenyataan..
dan terasa hina di mata ALLAH..
untuk menjadi sebaik-baik hamba-NYA...
Berpegang pada janji2-NYA di dlm kitab suci...
SURAH AL-BAQARAH( ayat 286)...
ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU...

Saturday, May 1, 2010

frenzship

Assalamualaikum,
Dah lame x mengupdate blog,
Bukan masa yg menjadi masalah,
Diri ni yg agak malaz n x tau nak update ape,
Tapi ari nie rase cam nak citer something,
N share ngan korang,


Apa maksud sahabat sejati??
Sudah ke kite dah bertemu ngan sahabat sejati??
Betul ke die sahabat sejati kite??
Persoalan ni bermain di minda ni….

Bagi amal, susah kite nak cari sahabat sejati,
Yg sentiasa bersama kita susah n senang,
Share something n prob,
Nasihat menasihati walaupun berat nak ungkap..
Untuk kebaikan masing2…

Sebagai seorg sahabat,
Diri ni pun x tentu boleh boleh menjadi SAHABAT SEJATI,
Dan sejujurnya menari sahabat sejati masih dalam pencarian…
Namun, sahabat2 yg ade di sisi kite,
Perlulah kite hargai dan sayangi walaupun x semestinye
sahabat sejati….

Bersyukur dgn apa yang ade,
Walaupun ade asam garam dalam persahabatan..
Dan x semua fikrah kite same…
Tetapi kejujuran, kefahamam
dan saling memperigati adalah satu akar dalam persahabatan ni…

all my frenz
Even hard to find the right one….
luv u all…

Tuesday, March 23, 2010

WIDA' SUHAYLAH








Erti Persahabatan Ini
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Wednesday, March 17, 2010

ISTERI YG BAGAIMANA YG KAU MAHUKAN, WAHAI SUAMI...

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni amal tertarik ngn citer ni kt blog kwn amal...n amal nk share yg korang...put all ur heart n soul on that..

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di, jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak.

Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************

''Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..''

wallahua'lam

Sunday, February 7, 2010

10 SEKSAAN UNTUK WANITA!!!

10 jenis seksaan yang menimpa wanita yg diperlihatkn kpd rasullallah saw ketika mll peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkn rasullallah menagis mengenangkannya.dalam perjlnn itu,antaranya baginda diperlihatkan

(1)perempuan yg digntung dgn rmbut dn otak kepalanya mendidih.mereka adalh perempuan yg tidak mahu menjaga rmbutnya drpd dilihat lelaki lain.

(2)perempuan yg digntung dgn lidahnya dn

(3)tangannya dikeluarkn drpd punggung.dan

(4)minyak panas dituangkan ke dlm kerongkongnya.mereka adlh perempuan yg suka menyakiti hati suami dgn kata-katanya.baginda juga melihat bgmn

(5)perempuan digntung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dlm kerongkongnya.mereka adlh perempuan yg menyusui anak org lain tanpa keizinan suaminya.Ada pula

(6)perempuan diikat dua kakinya serta tangannya smpai ke ubun dan dibelit beberapa ular dn kala jengking.mereka adlh permpuan yg boleh solat dn berpuasa ttp x mahu mengerjakannyadn x mahu mndi junud.mereka selalu keluar rmh tanpa izin suaminya trlbh dahulu dn x mndi iaitu tdk bersuci slps habis haid dn nifas.

(7)permpuan yg mkn daging tubuhnya sendiri mnkl dibwhnya ada api yg menyala.mereka adlh permpuan yg berhias utk org lain dn suka menceritakan aib org lain.baginda jg melihat

(8)permpuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.mereka adlh permpuan yg suka memasyurkan diri sndiri spy org melihat akn perhiasannya.seksaan lain ialah

(9)permpuan yg kepalanya babi dn badannya seperti keldai.mereka adlh permpuan yg suka mengadu domba dn sgt suka berdusta.ada pula permpuan yg baginda nmpk

10)rupanya berbentuk anjing dan beberp ekor ular serta kala jengking masuk ke dlm mulutnya dn keluar mll duburnya.mereka adlh permpuan yg suka marah suaminya dn menfitnah org lain.



memang ramai permpuan yg terdpt di neraka berbnding lelaki.jadi ingatla kita semua..

JADILAH WANITA SOLEHAH..

yg hidup ats muka bumiNYA..hanya krn

ALLAH...insyALLAH..

lakukan semua suruhanNYA..solat 5 waktu-puasa-dan seterusnya meniggalkan semua LARANGANNYA..terutamanya..

mengumpat-berhias scr berlebihan & sbgainye..

INSYALLAH