tirai berlabuh

Tuesday, July 27, 2010

alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi...masa berlalu setiap detik...laju putaran masa tanpa peduli keadaan sekeliling...hati malam ini begitu sayu yg membuatkn aku memerlukn ibu dsisiku.....keegoanku yg dulu tingi setinggi gunung runtuh berderai...kesabaranku yg ade hadnye telah mencapai thp maksima...ku hanya mampu merancg tapi tuhan yg satu menentukan...

seperti seseorg yg berkata kepadaku:apa yg dah lpas tu tggal sbg pengajaran,tp apa yg ada dlm tgn kite skang yg kite kene jaga btol2,sbb yg ada kt tgn kite skng ni yg hanya mampu ubah masa depan,apa yg dah lpas xmampu diubah,yg dah lpas biarkan lpas(pengajaran).


biarkan masa berlalu...masa dihadapan menanti...perlu memilih jalan untuk sampai kepadanya samada mengejarnye atau berjalan dgn penuh kesabaran dan ketabahan...namun akhirnya sampai dgn selamat...ameen...semoga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang sentiasa serta iman yg semakin bertambah....

Kotak Berisi Kasih

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”
“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Thursday, July 22, 2010

PeNcarIAN bERaKhIR...

umah oh umah...
alkisah pasal umah..
umah skrg ni bkn x best nk stay tapi nak cari angin baru duk ramai2..cdgnye 6 orang...amal,fifah,shah,k.sarah n lg 2 mayb amik junior dtg bln 9 nnt...i.allah...dalam mencari umah, mmg bnyk ujianla...sampai dah give up nak cr umah..:)disebabkn...

First umah,harga 350 jd...mafrusyah.3bilik..2 bilk air...memg klu masuk jatuh hatila..bilik mcm bilik pengantin...cantik sgt mcm harganyela...hihi:)..samapai berebut ngn fadilah husin n the gang..hihihi...akhirnye dua2 x pindah situ..sbb masalah keizinan x diluluskn dr pihak permai.

Second umah,harga 140 jd..bkn mafrusyah...2 bilik..1 bilik air...atas umah pengantin br k.nadiah n abg fauzi...tetibe satu hari,dapat berita mama tu ckp...org tu x jadi pindah...hati ni mcm dicarik2la kn...putus asa dh mcm mls nk pindah dh..tpi disebabkn supporter bg support..kitotg mencari..

third umah, harga 250 jd..bukan mafrusyah....besar sgt,,,best...4 bilik...3 bilik air...bilik besar...ni pun jatuh hati..tetibe satu hari...haris umah tu antar mesej, saya minta maaf tuan rumah dah jualkn umah nie....hati jatuh berderai..kitorg sdey sgt2..tapi disebabkn keinginan untuk berpindah tu still menebal...mencari n terus mencari...

satu hari, panggilan dari org arab..iaitu org yg beli umah ketiga kitorg survey...alhamdulillah die nak sewakan kat kitorg.....akhirnye setelah kesabaran turun naik turun naik..akhirnye pencarian berakhir...i,allah akan berpindah umah pada akhir bulan ini...syukur kehadrat illahi....:)

Thursday, July 15, 2010

Makna Cinta Dan Perkahwinan

Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…

Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:

“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling
baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada
saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang
ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali
di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan
ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar
dari hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itupun berkata:

“Itulah cinta”

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan

Guru pun menjawab:

”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon
yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon
yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab
Plato:

“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat
memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam
hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu
buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya
tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini
kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang guru berkata:

“Itulah makna perkahwinan.”

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam
hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun
akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti
waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam,
kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Nilai seorang ibu..

Ini adalah mengenai nilai kasih ibu…

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:


Tolong pergi kedai $4.00


Tolong jaga adik $4.00


Tolong buang sampah $1.00


Tolong kemas bilik $2.00


Tolong siram bunga $3.00


Tolong sapu sampah $3.00


Jumlah : $17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar
si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas
yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA


Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA


Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA


Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak
menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”.


Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang
ditulisnya.

Titik Ais Di Dalam Hati

Dalam sebuah syarikat pengangkutan kargo menggunakan kereta api ada
seorang pegawai, bernama Nik. Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung
jawab. Tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai
harapan apapun terhadap kehidupannya. Dia melihat dunia ini dengan pandangan
kelam tanpa harapan langsung.



Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang
tahun kelahiran bos mereka. Mereka semua pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.
Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena
pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan. Nik menjerit, memukul pintu
dengan kuat sambil meminta tolong, namun hampa kerana kesemua rakannya sudah
pun pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya. Maka tidak ada yang mendengar
jeritan pertolongannya.



Tangannya sudah merah dan bengkak-bengkak memukul pintu itu, suaranya sudah
serak akibat menjerit kuat, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya.
Akhirnya dia terduduk di dalam sambil menghelakan nafas yang panjang.



Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata: Dalam kontena
sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar
dari situ, pasti akan mati kesejukan. Dia memaksakan diri dengan tangan yang
gementar kesejukan, mencari secarik kertas dan sebatang pen, menuliskan surat
wasiatnya.



Keesokan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka
pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut
menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantar Nik ke hospital
untuk rawatan, tetapi malangnya Nik sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi yang paling
mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu
tidak dibuka, dan dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya. Dan
yang paling menghairankan mereka adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja.
Tetapi Nik mati “kesejukan”!



Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah tetapi dia mati kerana
ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghukum dirinya dengan hukuman mati.
Bagaimana dia dapat hidup terus?



Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa
percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap
keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.



Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah diri kita juga selalu memutuskan bahawa kita
tidak mampu untuk melakukan suatu perkara, sehingga kita kehilangan banyak
kesempatan untuk berjaya? Kehilangan banyak kesempatan untuk belajar berdikari?
Untuk jadi lebih mengerti tentang kehidupan ini?



Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam
hati kita sendiri. Sebelum berusaha, kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri.


Biarpun ada banyak bantuan yang diberikan kepada diri kita, ia tetap tidak akan
membantu jika kita berfikiran negatif setiap masa.

Tuesday, July 6, 2010

TAKDE NIAT NAK TIPU..:)

Al- kisah pada satu malam...

"acik amal, Jannah nak main game dalam hp acik boleh?"
"boleh je, meh acik bukakkn, nak main game ape?"

****

"Jannah... abi,umi,faqeh n faseh nak balik dah...nant jannah main lagi ye...jom tido umah acik.??.."
"tapi Jannah sek esok.."
"XPE, NANTI BALIK SEK JANNAH DTG UMAH ACIK TAKPUN NANTI TIME TAK SEKOLAH TIDO UMAH ACIK, KITA MAIN GAME K..nnt pape acik call umi..."

****

malam keesokan harinye...

ummu jannah antar mesej...
"slm, acik amal..seharian jannah duk ajak g umah acik. jannah nak main game dlm henset acik.acik tipu jannah, kate nak tepon ummi. pas2,br ummi g umah acik..."mcmane umi nak jawab..:)"

serba salah sgt n sdey je..lalu call jannah.
" jannah!! acik minta maaf sgt2...acik lupe yg jannah tunggu acik...acik ingt jannah x dtg sebab sek...acik abes jamiah kul 4.30 ptg..."
"acik amal nape call malam? jannah tunggu petang td nak gi main game."
"sory jannah, nant betul2 ada masa acik amik jannah g tido umah acik k.."
"ok..cik amal"

ummu jannah ckp
"jannah xnak men game dlm hp umi die sbb x best mcm game dlm hp acik amal.."
hihihi...sbb games download dr internet la..:)


*************************************************************************************

moralnya: jgn janji n ckp benda yang x pasti kt kanak2 sbb bg harapan kt mereka...

p/s: Jannah, acik minta maaf sgt2..tapi acik betul2 janji lepas ni ada masa, acik amik jannah bwk tido umah main game k..:)

Friday, July 2, 2010

Soifi yang menguji...

Tahun pertama musim soifi,
panas memang panas...namun api nerakaNYA lagi panas...
perjuangan mujahidah tetap dilaksanakan.Sebelum ini, time cuti sekolah mesti pada musim syita' merantau negara org sbgi pelancong..ini pertama kali musim panas menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar di negara org...yang dulunye diri ini selalu pengsan2 kt sek disebabkan panas dan migrain...kini, soifi ini menguji dengan kekerapan migrain ni menyerang...Namun i.allah sakit ini adalah kifarah dosa dr allah untuk hambanya...Semoga diberi kekuatan dan kesabaran..ameen


JADUAL KELAS TIME SOIFI

Hasub istidraki 8.00am-9.00am
Nahu 1 1.00am-2.00pm
Ilmu ijtima' 3.30pm-4.30pm