Ini adalah mengenai nilai kasih ibu…
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar
si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas
yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak
menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang
ditulisnya.
Bosan Dan BosaN
13 years ago
No comments:
Post a Comment