tirai berlabuh

Tuesday, August 31, 2010

MeRDeKa

Dengan nama allah yang maha penyanyang lagi maha mengasihi.
31 ogos 2010…kemerdekaan Negara kita telah mencapai ke -53…Apakah maksud kemerdekaan ini menurut pendapat ahli –ahli sejarah? Kemerdekaan disini adalah Negara kita telah bebas setelah dijajah oleh kuasa luar selama berates-ratus tahun lamanya…kita sebagai rakyat Malaysia yang menyayangi Negara kita kini aman daripada penjajahan dan hidup dalam belbagai bangsa perlulah menjaga nama baik Malaysia, menyumbang kepada pembangunan Malaysia samaada sedikit atau banyak….bukan itu sahaja, bagi diri ini kemerdekaan ini membawa maksud yang luas dan tersendiri…Apakah maksud kemerdekaan menurut islam? Dalam pespektif Islam, inti dari kemerdekaan adalah tauhid. Dengan demikian untuk menilai sejauh mana seseorang, masyarakat atau suatu negara telah merdeka, maka harus dilihat sejauh mana mereka masih diperbudak oleh aturan, norma, adat istiadat yang bukan dari Allah, tetapi dari bangsa asing, pemimpin diktator atau oleh hawa nafsu mereka sendiri.Oleh demikian kemerdekaan ini bermakud juga adalah kemerdekaan diri kita sendiri…dengan pelbagai unsur luar yang negatif yang berleluasa menjajah minda, perbuatan serta tindak tanduk kita….ADAKAH KITA TELAH MERDEKA?? Amal tulis artikel ini bukan untuk menyedarkan orang lain tetapi diri sendiri…sampai bila kita terus hidup dalam bayangan dan anasir negara luar yang mengelilingi kita? Mungkin secara kasarnya, Negara kita telah bebas daripada penjajahan kuasa luar, namun bagi amal, selagi minda, generasi muda kita masih dibelenggu dengan anasir hitam itu, selagi itu, kemerdekaan yang sebenar belum kita capai....Siapa yang mampu mengubahnya?...HANYA KITA YANG MAMPU……demi kebaikan generasi-generasi yang akan datang dan diri kita sendiri…..sama-sama kita renungi dan fahami..namun bukan setakat itu…kita sendiri yang perlu melakukan anjakan dan merubahnya….wallahu’alam.

3 comments:

  1. satu peringatan yg mantap..
    semakin matang dalam penulisan...;)
    teruskan usaha anda ye...

    ReplyDelete
  2. abesla bila history admire dh bersuara...
    wakakka

    ReplyDelete
  3. anonymous: thanks ya..selagi sokongan dr kalian semua...:)

    dak adab: hihihihi...sejarah mengajar kita..:)

    ReplyDelete