tirai berlabuh

Friday, November 20, 2009

SANAH HELWA IBU KE-42

SELAMAT HARI LAHIR untuk...

insan yang paling baik dalam hidup aku selama ni,
insan yang telah membawa aku dalam kandungan dengan begitu susah payah,
insan yang membawa aku ke dunia yang berseri ni dengan selamat,
insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk,
insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang haluan,
insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah aku,
insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak,
insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak,
insan yang tak pernah membebankan aku,
insan yang tak pernah meminta apa-apa,

Hanya DIA Tahu betapa sayangnya pada insan bergelar ibu ini. Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah ibu lakukan untuk kami adik-beradik dan keluarga yang lain tak mungkin dapat dibalas walaupun terasa ingin membalas.
Hanya pada ALLAH, semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Amal basyirah binti othman berbangga mempunyai ibu yang bernama KHAINARIDA BINTI MANAN...., , sanah helwa ibu yg ke-42...x lame lg dh bergelar nenek...

1 comment:

  1. terima kasih amal,ini ibu,ibu doakan amal berjaya dunia akhirat,belajar rajin2,raya ini ibu masak nasi impit kuah kacang kua kuning n rendang ayam..balik kmpg nenek n tokwan,hari ini buya KE pulau penang ada forum...k.su bibik ade di sini...

    ReplyDelete