tirai berlabuh

Monday, December 7, 2009

Jaulah ke Ajlun n Jarash











Assalamualaikum,
Dah lama amal x update blog rasenye....bkn busy tapi sibuk sikit je..
sabtu lepas, amal n kawan2 markaz lughoh telah melawat peninggalan sejarah istana di ajlun n jarash..kami bertolak pada pukul 10.00 pg, menaiki 2 buah bas...bersama kami juga, pelajar2 korea yg juga pelajar di markaz lughoh...pada mulanya, kami melawat tinggalan istana di ajlun dengan hanya 25 qirsh bg seorang....kemudian kami pergi tinggalan sejarah di jarash dgn byran 50 qirsh je... dan berakhirnya perjalanan kami pada pukul ..6.00ptg....memang penat...tapi seronok disamping dapat merapatkan silaturrahim dan ilmu pengetahuan...bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pengetahuan"...Disini antara gambar2 yang diambil.....















kt sini ade citer tentang sejarah ajlun...


AJLUN
Nabi Khidir-Kota Ajlun-Ikrimah b Abu Jahal
Perjalanan singkat ke barat laut Jerash akan membawa anda melintasi hutan pokok Pain dan pohon Zaitun yang tumbuh sepanjang jalan menuju ke Ajlun, sebuah bandar abad pertengahan. Disini anda akan mmenemukan Istana Ajlun yang dibina pada abad ke 12 oleh Usamah bin Munqith anak saudara Sultan Salahudin. Bangunan yang bersenibina Arab dan Islam ini pernah dijadikan kubu dan benteng ketenteraan bagi melindungi kawasan tersebut dari dicerobohi oleh tentera Salib. Hari ini, istana ini masih dipelihara kecantikannya dan ia merupakan tarikan utama kepada para pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.Skruktur binaannya, menara, galeri dan anak tangga istana tersebut menjadi bahagian-bahagian penting yang mengindahkan pemandangan diatas bukit berhampiran, yang pastinya akan membuat anda terpesona.Tidak jauh dari Ajlun, terletaknya makam Saidina Ikrimah bin Abi Jahal. Beliau adalah salah seorang musuh utama Rasulullah saw hinggalah akhirnya beliau memeluk Islam. Selepas pengislamannya,Ikrimah menebus dosa-dosanya dengan membantu usaha-usaha mengembangkan Islam.Ikrimah telah syahid dalam medan pertempuran Yarmuk. Beliau juga terlibat dalam memerangi golongan murtad dan penakhlukan Syria.Selain dari itu, terdapat juga makam Nabi Khidir as di Ajlun.Nabi Khidir bukan seorang rasul tetapi seorang yang sangat taat. Nabi Khidir dikatakan mempunyai beberapa makam di Jordan seperti di Salt, Mahis, Karak dan Irbid. Nabi Khidir dianugerahkan dengan berbagai mukjizat untuk membantu baginda mendidik manusia membuat kebaikan dan menjadi hamba Allah yang baik. Kisah baginda yang terkenal bersama Nabi Musa as dirakamkan dalam AlQuran surah Al Kahfi (ayat 64-82).










2 comments:

  1. seronoknye die... bgus2 timbalah ilmu n pengalaman sebanyak yg boleh selagi berpeluang;).... dimana mulut dan hidungmu???

    ReplyDelete
  2. wah wah ramai kawan2 ko ha'ah gambar2 ko cun tapi dimanakah hidung dan mulutmu,hehe...amal ko doakan aku kat sana tau...dgr cite nak g jln mesir dgn ibu buya kan? jgn lupe bgtau perkembangan kat blog ni....kiteorg tggu berita baru ko...good new's yer hehe ...

    ReplyDelete