tirai berlabuh

Monday, December 7, 2009

Jaulah ke Ajlun n Jarash











Assalamualaikum,
Dah lama amal x update blog rasenye....bkn busy tapi sibuk sikit je..
sabtu lepas, amal n kawan2 markaz lughoh telah melawat peninggalan sejarah istana di ajlun n jarash..kami bertolak pada pukul 10.00 pg, menaiki 2 buah bas...bersama kami juga, pelajar2 korea yg juga pelajar di markaz lughoh...pada mulanya, kami melawat tinggalan istana di ajlun dengan hanya 25 qirsh bg seorang....kemudian kami pergi tinggalan sejarah di jarash dgn byran 50 qirsh je... dan berakhirnya perjalanan kami pada pukul ..6.00ptg....memang penat...tapi seronok disamping dapat merapatkan silaturrahim dan ilmu pengetahuan...bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pengetahuan"...Disini antara gambar2 yang diambil.....















kt sini ade citer tentang sejarah ajlun...


AJLUN
Nabi Khidir-Kota Ajlun-Ikrimah b Abu Jahal
Perjalanan singkat ke barat laut Jerash akan membawa anda melintasi hutan pokok Pain dan pohon Zaitun yang tumbuh sepanjang jalan menuju ke Ajlun, sebuah bandar abad pertengahan. Disini anda akan mmenemukan Istana Ajlun yang dibina pada abad ke 12 oleh Usamah bin Munqith anak saudara Sultan Salahudin. Bangunan yang bersenibina Arab dan Islam ini pernah dijadikan kubu dan benteng ketenteraan bagi melindungi kawasan tersebut dari dicerobohi oleh tentera Salib. Hari ini, istana ini masih dipelihara kecantikannya dan ia merupakan tarikan utama kepada para pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.Skruktur binaannya, menara, galeri dan anak tangga istana tersebut menjadi bahagian-bahagian penting yang mengindahkan pemandangan diatas bukit berhampiran, yang pastinya akan membuat anda terpesona.Tidak jauh dari Ajlun, terletaknya makam Saidina Ikrimah bin Abi Jahal. Beliau adalah salah seorang musuh utama Rasulullah saw hinggalah akhirnya beliau memeluk Islam. Selepas pengislamannya,Ikrimah menebus dosa-dosanya dengan membantu usaha-usaha mengembangkan Islam.Ikrimah telah syahid dalam medan pertempuran Yarmuk. Beliau juga terlibat dalam memerangi golongan murtad dan penakhlukan Syria.Selain dari itu, terdapat juga makam Nabi Khidir as di Ajlun.Nabi Khidir bukan seorang rasul tetapi seorang yang sangat taat. Nabi Khidir dikatakan mempunyai beberapa makam di Jordan seperti di Salt, Mahis, Karak dan Irbid. Nabi Khidir dianugerahkan dengan berbagai mukjizat untuk membantu baginda mendidik manusia membuat kebaikan dan menjadi hamba Allah yang baik. Kisah baginda yang terkenal bersama Nabi Musa as dirakamkan dalam AlQuran surah Al Kahfi (ayat 64-82).










Friday, November 20, 2009

SANAH HELWA IBU KE-42

SELAMAT HARI LAHIR untuk...

insan yang paling baik dalam hidup aku selama ni,
insan yang telah membawa aku dalam kandungan dengan begitu susah payah,
insan yang membawa aku ke dunia yang berseri ni dengan selamat,
insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk,
insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang haluan,
insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah aku,
insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak,
insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak,
insan yang tak pernah membebankan aku,
insan yang tak pernah meminta apa-apa,

Hanya DIA Tahu betapa sayangnya pada insan bergelar ibu ini. Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah ibu lakukan untuk kami adik-beradik dan keluarga yang lain tak mungkin dapat dibalas walaupun terasa ingin membalas.
Hanya pada ALLAH, semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Amal basyirah binti othman berbangga mempunyai ibu yang bernama KHAINARIDA BINTI MANAN...., , sanah helwa ibu yg ke-42...x lame lg dh bergelar nenek...

kisah seorang kristian masuk islam

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!" Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya." Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya. "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian." Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Thursday, November 5, 2009

Rupa bentuk rasulullah...

ASSALAMUALAIKUM...
Amal nak share something pasal junjungan nabi kite...


Baginda mempunyai sifat yang mulianpada dirinya dan juga sangt mulia pd pandgn org2 lain.
wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang.
-Baginda lebih tggi drpd org yg sederhana ttpi lebih rendah drpd org yg sgt tggi.
-Rambut bgnda bergelombg, bila rambut rasulullah panjang, rambut bgnda melepasi sedikit cuping telinganya.
-Wajahnya berseri-seri dah dahinya luas.
-Keningnya tipis dan melengung tdk bertemu, di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda murka.
-Hidungnya mancung dan bercahaya.
-Janggutnya berkeadaan lebat.
-Anak matanya tersgt hitam.
-Pipinya rata, berisi tidak gendur dan menggelambir.
-Mulutnya sederhana luasnya, giginya kecil bercahaya. Di antara gigi-gigi hadapannya terdpt sedikit jarak dan tidaklah rapat sangat di antara satu sama lain.
-Satu garisan rambut halus membaris daripada dada ke pusat.
-Lehernya kurus dan cantik untuk dilihat seumpama besi yg tercanai dan warna kulitnya cerah dan menarik seperti perak.
-Perut dan dadanya rata(tidak buncit).
-Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kedua-dua bahunya.
-Tulang-tulang sendinya besar dan kuat.
-Kedua-dua kakinya berisi dan montok.
-Jari-jari tangan dan kakinya panjang (sama ukuran).

wallahua'lam.

Wednesday, October 28, 2009

Penat sangat....

assalammualaikum...

hari nie dan semalam adalah hari yg penat bg amal seminggu nie.....class fannul kitabah doc bg homework lbh kurg 60 soalan....kelas markaz lungoh dr.umar n ustzah ala' pun bg homework yg x kurg hebatnye....x tahu nak arrange masa mcmne nak settle homework2 tu...blk class semalam terus wat homework markaz lungoh.....walaupun x habis...malam tu, gi bayt insyirah bersama syikin, fadhilah n nani....mintak tolong k.zimah ajar fannul kitabah...alhamdulillah settle tapi x tulis dlm kertas lagi...tetibe migrain menyerang...x blh nak wat keje ape...blk umah terus tertido..x smpat nk tukar baju...tetibe bngun dah pkul 4.30 pg...nak study tapi takut...sbb housemate still tido lg...so, smbg tido... pg td bngn kul 5.50...lps siap2 watla homework markaz lungoh sbb nk antar kt doc pg tadi...alhmdulillah settle tepat kul 7.15...pastu siap2 nak g markaz lungoh....class dr kul 8.30-12.30....balik markaz lungoh tghari tadi...x smpat lunch pun..smbg wat fannul kitabah samapi tertido...sedar2 je dah kul 3.30...kelam kabut siap2...kul 5.00 ptg, class fannul kitabah...ade pulak org arab tu ckp jgn ingatkan doc pasal homework tu coz dorg x buat pun...eeii, tension je...kitorg ni student malaysia bermati-matian siapkn homework tu....last2, doc x ingat pun n ckp bincg mggu depan...sdey sgt..tpi xpela ilmu...balik class kul 6.40 mlm...dgn x sarapan n lunch...penat sgt...smpi umah je, afifah dah msak...kire bkk posela wlupun x pose...alhmdulillah...lega hati homework untuk esok xla bnyk sgt...br ade mase update blog ni mlm ni...

Friday, October 23, 2009

mu'tah..

pada pkul 7.oo ptg..akhawat n syabab jais termasuk k.dalilah , k.ummu n k.mijah....kami memulakan perjalanan ke mu'tah...kami kre sana atas jemputan ibu na buya ajak makan2 sikit...perjalanan mengambil mase 3 jam 15 minit...tepat pkl 10.15..ibu n abuya sudah menunggu kami...syabab pula telah bermalam di rumah member2 dorng..akhawat bermalam di rumah ibu n abuya amal...

setibanye di rumah, kakak2 di mu'tah menolong ibu masak menjamah kami makan malam...memg lapar time tu...sedap mkn ayam msk kuning n sambal ikan bilis....igatkan nk tido..tapi seronok pula mendengah ibu berceloteh..agak lewat juga baru kami mengambil tempat masing2...

keesokan harinye...lps bersarapan..kami menziarahi jamiah mu'tah...semakin cantik n bertambah besar brbnding 2 tahun lps amal lihat..medicine pun dah ade...bergambar sakanla masing2..selepas sejam lebih, masing2 kepenatan dan kelaparan...blk umah ibula jwpnye..jemputan ibu selepas solat jumaat..

selepas makan tghari n solat semua...mula2nya rancang nak ke mazar..untuk melihat makam para syhada' namun ade masalah yg x mengizinkan..kami menukar perancgn untuk berjalan2 untuk melihat jubah..tpi bkn melihat je..membeli sekali...dah namenye perempuan....ber'shopping' sakanla....dari pkul 3.30 -5.30 bershopping..banyak jugala akhawat ni membeli belah..lgpun jubah dimu'tah murah berbndg di irbid...n kos hidup di mu'tah pun murah....dah namenye kampung...

pkul 7.00 mlm, kami semua bertolak pulang ke irbid....dalam perjalanan pula, ribut pasir melanda....kenderaan semua berhenti....lbh kurg 10 minit terkandas....takut jugak sbb pernh merasai kt yaman dulu...ade yg smpi accident...tpi alhamdulillah semuanya selamat...kami menruskan perjalann....pkul 10.30 kami sampai di irbid.,..alhamdulillah semua berjalan lancar n selamat...

UCAPAN TERIMA KASIH KT IBU ABUYA, KAKAK2 N AMU2 YG BNYK TOLONG IBU...THANX MASAK UNTUK KAMI N BAGI KAMI MKN...LUVE U ALL.....

Monday, October 19, 2009

Islam agama yang syumul

Islam adalah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak . Baginda Rasulullah ( s.a.w. ) telah menerima daripada Allah taala satu risalah lengkap tersebut melalui wahyu al Qur’an al Karim yang merupakan sumber rujukan utama Islam .Kemudian , Rasulullah ( s.a.w. ) diperintahkan untuk menyampaikannya kepada seluruh umat manusia di samping mempraktikkan ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam al Quran itu . Akhirnya , Islam diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang lain sebagaimana asalnya tanpa sebarang keraguan dan syak wasangka .
Islam juga adalah satu ad Din yang memiliki unsur kekuatannya yang tersendiri dengan keunikan aqidah , ibadat dan juga akhlaknya di samping bercirikan syumul kerana ianya bersifat terbuka kepada seluruh umat manusia . Ini bermakna bahawa Islam bukanlah satu agama yang khusus kepada orang Arab sahaja atau agama kepada satu-satu umat tertentu , bukan juga agama kepada kasta-kasta tertentu , sebaliknya Islam adalah agama kemanusiaan sejagat tanpa mengira kaum dan warna kulit pada sepanjang zaman . Sehubungan itu , Allah ( s.w.t.) berfirman maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutusmu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk umat manusia seluruhnya , sebagai Rasul pembawa berita gembira ( kepada orang-orang yang beriman ) , dan pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ingkar ) , akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ( hakikat itu ) . ( Saba’ : 28 )
Dengan erti kata lain , Islam telah menyeru sekalian manusia ke arah dasar persamaan dari segi kemanusiaan dan mereka semua sama-sama berganding bahu dan bertolak ansur dalam mendepani perjuangan hidup . Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ) . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu ) . ( Al Hujurat : 13 )
Sebenarnya , manusia adalah sama dari segi asal usul kejadiannya dan apa-apa perbezaan sesama manusia dari segi bangsanya , warna kulitnya dan sebagainya bukannya untuk menjuruskan ke arah pertelagahan dan permusuhan . Sebaliknya , ianya adalah sebagai satu jalan ke arah saling kenal mengenal , mencari keserasian dan tolong menolong antara satu sama lain . Ada satu kaedah yang membezakan antara seseorang manusia dengan yang lain dari segi asal usul kejadiannya dan juga keistimewaan yang dikurniakan Allah iaitu istiqamah dalam hidupnya dan berusaha merebut keredhaan Allah ( s.w.t.) .
Inilah dia dasar Islam yang tidak mengenal perbezaan perkauman , asabiah kabilah , puak atau agama . Islam tidak mengiktiraf sebarang usaha penindasan terhadap saudaranya yang lain kerana semua manusia adalah sama taraf , yang berbeza cumalah iman yang bertapak dalam jiwa seseorang dan amal salih yang lahir melalui anggota tubuh badannya yang mana akhirnya akan mencipta kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat .