tirai berlabuh

Wednesday, March 17, 2010

ISTERI YG BAGAIMANA YG KAU MAHUKAN, WAHAI SUAMI...

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni amal tertarik ngn citer ni kt blog kwn amal...n amal nk share yg korang...put all ur heart n soul on that..

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di, jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak.

Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************

''Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..''

wallahua'lam

Sunday, February 7, 2010

10 SEKSAAN UNTUK WANITA!!!

10 jenis seksaan yang menimpa wanita yg diperlihatkn kpd rasullallah saw ketika mll peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkn rasullallah menagis mengenangkannya.dalam perjlnn itu,antaranya baginda diperlihatkan

(1)perempuan yg digntung dgn rmbut dn otak kepalanya mendidih.mereka adalh perempuan yg tidak mahu menjaga rmbutnya drpd dilihat lelaki lain.

(2)perempuan yg digntung dgn lidahnya dn

(3)tangannya dikeluarkn drpd punggung.dan

(4)minyak panas dituangkan ke dlm kerongkongnya.mereka adlh perempuan yg suka menyakiti hati suami dgn kata-katanya.baginda juga melihat bgmn

(5)perempuan digntung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dlm kerongkongnya.mereka adlh perempuan yg menyusui anak org lain tanpa keizinan suaminya.Ada pula

(6)perempuan diikat dua kakinya serta tangannya smpai ke ubun dan dibelit beberapa ular dn kala jengking.mereka adlh permpuan yg boleh solat dn berpuasa ttp x mahu mengerjakannyadn x mahu mndi junud.mereka selalu keluar rmh tanpa izin suaminya trlbh dahulu dn x mndi iaitu tdk bersuci slps habis haid dn nifas.

(7)permpuan yg mkn daging tubuhnya sendiri mnkl dibwhnya ada api yg menyala.mereka adlh permpuan yg berhias utk org lain dn suka menceritakan aib org lain.baginda jg melihat

(8)permpuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.mereka adlh permpuan yg suka memasyurkan diri sndiri spy org melihat akn perhiasannya.seksaan lain ialah

(9)permpuan yg kepalanya babi dn badannya seperti keldai.mereka adlh permpuan yg suka mengadu domba dn sgt suka berdusta.ada pula permpuan yg baginda nmpk

10)rupanya berbentuk anjing dan beberp ekor ular serta kala jengking masuk ke dlm mulutnya dn keluar mll duburnya.mereka adlh permpuan yg suka marah suaminya dn menfitnah org lain.



memang ramai permpuan yg terdpt di neraka berbnding lelaki.jadi ingatla kita semua..

JADILAH WANITA SOLEHAH..

yg hidup ats muka bumiNYA..hanya krn

ALLAH...insyALLAH..

lakukan semua suruhanNYA..solat 5 waktu-puasa-dan seterusnya meniggalkan semua LARANGANNYA..terutamanya..

mengumpat-berhias scr berlebihan & sbgainye..

INSYALLAH

Thursday, January 21, 2010

jaulah ke mesir












Assalammualaikum…
Pada 24.12.2009 yg lepas, amal,ibu n ayah pergi ke mesir…Disebabkan masalah tertentu…kami pergi ke mesir..lagipun dah lame x jejak kt bumi mesir tu…sejak 10 tahun yg lepas…banyak perubahan…
Pada pkul 10.30 mlm, setibanya kami sampai kt mator kaherah, ustaz halim n keluarganye menunggu kami…n membawa kami ke restoran…seusai sudah, kami menyewa rumah tumpangan Malaysia disana…keesokan harinya, kami pergi ke suk Hussein, ayah sibuk membeli kitab..amal n ibu ditemani pelajar2 sane membeli belah sikit…adalah, cenderahati untuk kawan2 di Jordan n family kat mlysia…pada hari ke-3, kami menaiki keretapi ke Alexandra..kebetulan ada abg saudara kt kt sane..abg iwan…pelajar perubatan, jadi memudahkan kami untuk menetap untuk 3 hari…ayah tido dirumah abg iwan…amal n ibu tido di umah pelajar akhawat….Di Alex…memang bnyk tempat menarik lebih2 lagi kedudukannye yg di persisiran laut….kami melawat ke istana farouk, kola’ah salahuddin al-ayubi, istana Julius ceaser, akuarium, makam nabi danial, luqman al-hakim dan sebagainya….selepas 3 hari dia alex…kami pergi pula ke syoubro..kebetulan di sana kami menetap di rumah ammu apiz n cik salwa, dan bertemu ngan cik uyun n ammu hafiz…..cik salwa n cik uyun yg merupakan anak murid ayah satu ketika dahulu, kini masig2 mempunyai seorg anak...sdg mengikuti suami2 mereka yg sedang belajar…selepas 2 hari di syoubro, kami pulang semula ke kaherah nk menyewa rumah student Malaysia…dalam masa tggl lg 5 hari disana, ayah sempat mengambil tiga sanad yg pada mulanya tidak dirancg……dan mengulang hafalan selama 3 hari 30 juzu’…memang kagum ngan ayah….ibu n amal ditemani pelajar2 sane menziarahi tempat2 yg menarik di kaherah kerana kesibukan ayah...alhamdulillah semuanye berjalan lancar…memang happy gi sane..harap2 dpt pergi lagi…ameen…selepas 10 sudah dibumi anbiya’ itu, 3.1.2010..kami pulang ke Jordan dgn menaiki kapal terbang yg lbh kurng mengmbil masa 3 jam sahaja…syukran ibu n ayah sbb support amal g mesir..love both of u..

sanah helwa ke-18

Assalammualaikum,Memang lama x update blog….pada .18.12.2009 yg lepas…ibu menjemput ramai kawan2 menyambut hari jadi amal yg ke-18 yg sepatutnya 26.12…disebabkan amal, ibu n ayah akan pergi ke mesir…maka membuat sedikit majlis kesyukuran awal…syukran kt kawan2 yg sudi hadir…n terima kasih yg x terhingga kat ibu sbb lahirkan amal kt dunia ni..n bnyk berkorban, berkorban masa, duit n tenaga wat majlis ni….thanx kt member2 yg bagi hadiah…love u all…


Monday, December 7, 2009

Jaulah ke Ajlun n Jarash











Assalamualaikum,
Dah lama amal x update blog rasenye....bkn busy tapi sibuk sikit je..
sabtu lepas, amal n kawan2 markaz lughoh telah melawat peninggalan sejarah istana di ajlun n jarash..kami bertolak pada pukul 10.00 pg, menaiki 2 buah bas...bersama kami juga, pelajar2 korea yg juga pelajar di markaz lughoh...pada mulanya, kami melawat tinggalan istana di ajlun dengan hanya 25 qirsh bg seorang....kemudian kami pergi tinggalan sejarah di jarash dgn byran 50 qirsh je... dan berakhirnya perjalanan kami pada pukul ..6.00ptg....memang penat...tapi seronok disamping dapat merapatkan silaturrahim dan ilmu pengetahuan...bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pengetahuan"...Disini antara gambar2 yang diambil.....















kt sini ade citer tentang sejarah ajlun...


AJLUN
Nabi Khidir-Kota Ajlun-Ikrimah b Abu Jahal
Perjalanan singkat ke barat laut Jerash akan membawa anda melintasi hutan pokok Pain dan pohon Zaitun yang tumbuh sepanjang jalan menuju ke Ajlun, sebuah bandar abad pertengahan. Disini anda akan mmenemukan Istana Ajlun yang dibina pada abad ke 12 oleh Usamah bin Munqith anak saudara Sultan Salahudin. Bangunan yang bersenibina Arab dan Islam ini pernah dijadikan kubu dan benteng ketenteraan bagi melindungi kawasan tersebut dari dicerobohi oleh tentera Salib. Hari ini, istana ini masih dipelihara kecantikannya dan ia merupakan tarikan utama kepada para pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.Skruktur binaannya, menara, galeri dan anak tangga istana tersebut menjadi bahagian-bahagian penting yang mengindahkan pemandangan diatas bukit berhampiran, yang pastinya akan membuat anda terpesona.Tidak jauh dari Ajlun, terletaknya makam Saidina Ikrimah bin Abi Jahal. Beliau adalah salah seorang musuh utama Rasulullah saw hinggalah akhirnya beliau memeluk Islam. Selepas pengislamannya,Ikrimah menebus dosa-dosanya dengan membantu usaha-usaha mengembangkan Islam.Ikrimah telah syahid dalam medan pertempuran Yarmuk. Beliau juga terlibat dalam memerangi golongan murtad dan penakhlukan Syria.Selain dari itu, terdapat juga makam Nabi Khidir as di Ajlun.Nabi Khidir bukan seorang rasul tetapi seorang yang sangat taat. Nabi Khidir dikatakan mempunyai beberapa makam di Jordan seperti di Salt, Mahis, Karak dan Irbid. Nabi Khidir dianugerahkan dengan berbagai mukjizat untuk membantu baginda mendidik manusia membuat kebaikan dan menjadi hamba Allah yang baik. Kisah baginda yang terkenal bersama Nabi Musa as dirakamkan dalam AlQuran surah Al Kahfi (ayat 64-82).










Friday, November 20, 2009

SANAH HELWA IBU KE-42

SELAMAT HARI LAHIR untuk...

insan yang paling baik dalam hidup aku selama ni,
insan yang telah membawa aku dalam kandungan dengan begitu susah payah,
insan yang membawa aku ke dunia yang berseri ni dengan selamat,
insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk,
insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang haluan,
insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah aku,
insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak,
insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak,
insan yang tak pernah membebankan aku,
insan yang tak pernah meminta apa-apa,

Hanya DIA Tahu betapa sayangnya pada insan bergelar ibu ini. Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah ibu lakukan untuk kami adik-beradik dan keluarga yang lain tak mungkin dapat dibalas walaupun terasa ingin membalas.
Hanya pada ALLAH, semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Amal basyirah binti othman berbangga mempunyai ibu yang bernama KHAINARIDA BINTI MANAN...., , sanah helwa ibu yg ke-42...x lame lg dh bergelar nenek...

kisah seorang kristian masuk islam

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!" Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya." Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya. "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian." Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.