Friday, November 20, 2009

SANAH HELWA IBU KE-42

SELAMAT HARI LAHIR untuk...

insan yang paling baik dalam hidup aku selama ni,
insan yang telah membawa aku dalam kandungan dengan begitu susah payah,
insan yang membawa aku ke dunia yang berseri ni dengan selamat,
insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk,
insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang haluan,
insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah aku,
insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak,
insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak,
insan yang tak pernah membebankan aku,
insan yang tak pernah meminta apa-apa,

Hanya DIA Tahu betapa sayangnya pada insan bergelar ibu ini. Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah ibu lakukan untuk kami adik-beradik dan keluarga yang lain tak mungkin dapat dibalas walaupun terasa ingin membalas.
Hanya pada ALLAH, semoga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan selalu ada dalam rahmat ALLAH. Sungguh... Amal basyirah binti othman berbangga mempunyai ibu yang bernama KHAINARIDA BINTI MANAN...., , sanah helwa ibu yg ke-42...x lame lg dh bergelar nenek...

kisah seorang kristian masuk islam

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!" Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya." Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya. "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian." Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Thursday, November 5, 2009

Rupa bentuk rasulullah...

ASSALAMUALAIKUM...
Amal nak share something pasal junjungan nabi kite...


Baginda mempunyai sifat yang mulianpada dirinya dan juga sangt mulia pd pandgn org2 lain.
wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang.
-Baginda lebih tggi drpd org yg sederhana ttpi lebih rendah drpd org yg sgt tggi.
-Rambut bgnda bergelombg, bila rambut rasulullah panjang, rambut bgnda melepasi sedikit cuping telinganya.
-Wajahnya berseri-seri dah dahinya luas.
-Keningnya tipis dan melengung tdk bertemu, di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda murka.
-Hidungnya mancung dan bercahaya.
-Janggutnya berkeadaan lebat.
-Anak matanya tersgt hitam.
-Pipinya rata, berisi tidak gendur dan menggelambir.
-Mulutnya sederhana luasnya, giginya kecil bercahaya. Di antara gigi-gigi hadapannya terdpt sedikit jarak dan tidaklah rapat sangat di antara satu sama lain.
-Satu garisan rambut halus membaris daripada dada ke pusat.
-Lehernya kurus dan cantik untuk dilihat seumpama besi yg tercanai dan warna kulitnya cerah dan menarik seperti perak.
-Perut dan dadanya rata(tidak buncit).
-Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kedua-dua bahunya.
-Tulang-tulang sendinya besar dan kuat.
-Kedua-dua kakinya berisi dan montok.
-Jari-jari tangan dan kakinya panjang (sama ukuran).

wallahua'lam.