Sunday, July 26, 2009

Faedah Membaca dan Menghafal Al Quran
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara : Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Barangsiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
"Berkata Allah swt. : Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah swt tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan barangsiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
KEPENTINGAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB DAN KEUNIKANNYA
Bahasa Arab begitu dekat di hati umat Melayu dan hampir 1,700 patah perkataan Arab telah diterimapakai di dalam bahasa Melayu sejak awal kedatangan Islam di dunia nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan bersembahyang yang mana bacaan dan doa di dalamnya adalah di dalam bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga di dalam bahasa Arab.Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus selepas dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat yang menandakan kecintaan kita terhadap bahasa Arab telah diterap sejak masih bayi lagi. Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini telah diakui dan dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographer) Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara bangsa.Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdailog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara live, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat Islam. Realiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani suvival semasa umat Islam.Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam dan bahasa syurga. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Dalam konteks dunia Melayu pula, bahasa Arab digunakan secara meluas sejak awal kedatangan Islam dan kemuncaknya ialah pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sehinggalah ke hari ini di mana bahasa ini digunakan di dalam pelbagai aspek dari sudut ekonomi, sosial, politik, diplomatik hatta di dalam amalan mistik dan jampi serapah pun bahasa Arab banyak digunakan terutamanya di dalam perubatan tradisional dan alternatif.Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam diseluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam.Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolah-sekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa syurga ini. Pemikir Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".

khasiat habbatus sauda'

1 KHASIAT HABBATUS SAUDA’:

1) Merawat penyakit gugur rambut.
Bahan:
campurkan segelas Habbatus Sauda’ dengan segelas cuka epal, untuk memeliharanya simpan di tempat sejuk.
Cara Penggunaan:
sapukan ke tempat yang berkenaan selama 4 jam untuk 20 hari,

2)Merawat penyakit kulit:
Bahan:
campurkan segelas Habbatus Sauda’ dengan dua gelas cuka epal.
Cara Penggunaan:
sapukan di kulit dengan menggunakan kain lembut, 2kali sehari selama 5 hari berturut-turut.

3)Merawat kudis dan kutu:
Bahan:
campurkan cuka epal dengan Habbatus Sauda’, sebatikan keduanya dengan perca kain, curahkan kandungan tersebut kedalam bekas dan jemur kepada matahari.
Cara Penggunaan:
sapukan di angota yang berkaitan ,4jam sehari selama seminggu. Ubat ini bertahan selama 2minggu dan disimpan di tempat yang sejuk.

4) Merawat rekahan di kulit (tumit kaki, peha, bawah payudara) :
Bahan:
didihkan dua gelas cuka epal yang telah dicampurkan dengan segelas Habbatus Sauda’ dalam periuk, setelah menggelegak masukkan minyak Habbatus Sauda’. Simpan di tempat sejuk .
Cara Penggunaan :
Diambil setiap hari sebelum tidur dengan kadar yang mencukupi untuk dilumurkan di tempat yang berkenaan. Ulang proses ini untuk tempoh seminggu.

5) Merawat penyakit kulit menjadi hitam dan putih, sopak.
Bahan:
Campurkan Habbatus Sauda’ dengan cuka epal.
Cara Penggunaan;
Sapukan di tempat berkenaan sekali sehari.

Penyakit-penyakit lain dan cara rawatannya:

1) Batu karang:
Campurkan serbuk Habbatus Sauda’ dengan madu lebah untuk dimakan.

2) Buasir:
Tumbuk Habbatus Sauda’, campurkan ia dengan gula dalam kuantiti yang sama, makan satu sudu2kali sehari, kemudian minum beberapa teguk air tawar.

3) Sakit sendi:
Tumbuk Habbatus Sauda’ dan gaulkan dengan cuka epal, sapukan di tempat tersebut dsamping minum madu lebah. Simpan di tempat sejuk.

4) Sakit kepala (pening/ migraine):
Gaulkan serbuk Habbatus Sauda’ dengan minyak zaitun, perah dengan perca kain, minyaknya dititiskan ke dalam hidung. Boleh juga ditumbuk Habbatus Sauda’, direndam dengan cuka epal untuk disapukan di kepala.

5) Selsema:
Rendam Habbatus Sauda’ ke dalam minyak zaitun, kemudian dititiskan ke dalam hidung.
Boleh juga ditumbuk Habbatus Sauda’ dan direndam dalam minyak zaitun, kemudian dititiskan ke hidung 3-4kali sehari, boleh menyembuhkan selsema dan batuk.

6) Sakit gigi:
Digaulkan Habbatus Sauda’ dengan cuka epal dan digunakan untuk berkumur-kumur.

7) Pekak yang mendatang atau sumbat di telinga:
Didihkan Habbatus Sauda’ bersama minyak zaitun, titiskan di telinga.

8) Kencing Manis:
Gunakan Habbatus Sauda’ beserta dengan Hubbatur Rasyad, Mirrah, kulit delima yang telah dicampurkan dengan nisbah1:1:1/2:1/2, kisar dan campurkan kesemuanya untuk diminum, sesudu dalam tempoh sebulan.

9) Penyakit lemah Seks:
Dikisar dan diletakkan kedalam minyak zaitun beserta susu dan laban Dakar, digaulkan semuanya hingga sebati, untuk diminum.

10) Pecah pada gusi gigi:
Masak Habbatus Sauda’, dicampurkan dengan cuka epal, Jadikan ketulan untuk merawat keadaan tersebut terutama ketika sejuk.

DAPAT MERAWAT SEGALA PENYAKIT YANG DISEBUTKAN DENGAN IZIN ALLAH!!!








KELEBIHAN BUAH ZAITUN DAN MINYAK ZAITUN:

Hadis Nabi s.a.w:
(( كلوا الزيتون وادهنوا به فإنه من شجرة مباركة))- رواه إمام أحمد
((Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya, sesungguhnya ia dari pokok yang berkat))- riwayat Imam Ahmad

((عليكم بالزيت الزيتون كلواه وادهنوا به فإنه ينفع من البواسير)) رواه ابن جوزي
وفي رواية: ((من ادهن بالزيت (الزيتون) لم يقربه الشيطان))
((Hendaklah kamu menggunakan minyak zaitun, makan dan berminyak dengannya, kerana sesungguhnya ia bermanfaat merawat penyakit Buasir))
Dalam riwayat lain: (( sesiapa yang berminyak dengan minyak zaitun, tidak didekati oleh syaitan))

Penyakit-penyakit yang dirawat dengan Zaitun:
1)Ketegangan urat
Bahaya tegang urat: sekiranya berlaku pada keseluruhan badan bawah- membawa kepada naik tekanan darah
Jika di kepala- boleh membawa pecah pembuluh darah di kepala dan membawa strok separuh badan
Jika di hati- menyempitkan pembuluh darah dan membawa kepada kurangnya oksigen seterusnya sesak dada
Jika di hujung-hujung jari- terutama bahagian kaki kaum lelaki, akan terjadinya sakit di tapak kaki ketika berjalan.
Cara rawatan: dengan berterusan mengambil minyak zaitun akan membantu menghalang ketegangan urat seterusnya memelihara tubuh daripada bahaya penyakit ini dan mengurangkannya

2)Penyakit hati dan kurang darah putih:
Dengan mengambil minyak zaitun mampu untuk mencergaskan hati dan memproses darah putih untuk menjadikannya terus bergerak.

3) Melembutkan usus:
Dengan menggunakan minyak zaitun, dapat melembutkan usus dan dapat digunakan ketika sembelit, sakit perut, .
Cara menggunakannya: ambil 2 sudu besar daripada minyak zaitun setengah jam sebelum makan atau sekali pada waktu pagi dan sebelum tidur, boleh juga dicampurkan dengan perahan lemon sebagaimana boleh digunakan melalui suntikan untuk memudahkan penghadaman.

4) Merendahkan tekanan darah dan membantu meluaskan pembuluh darah:
Apabila meningkat tekanan darah tanpa merawatnya akan mendedahkan pelbagai anggota tubuh kepada bahaya, sekiranya pada seluruh tubuh boleh membawa kepada Uracnia, sekiranya pada mata akan membawa kepada Haemorrhage Retinal .
Dengan berterusan mengambil minyak zaitun dapat memelihara tubuh daripada meningkatnya tekanan darah, sebagaimana juga ia dapat membantu meluaskan pembuluh darah.

5) Merawat kencing manis:
Berlakunya penyakit kencing manis akibat kurangnya hormon unsulin yang dilahirkan oleh buah pinggang .
Di antara kesan penyakit kencing manis;
Banyak kencing, banyak minum air, kurang berat badan, kurang tenaga dan kurang cergas.
Mengikut kajian kedoktoran, mengekali mengambil minyak zaitun boleh membantu tubuh daripada menghidap kencing manis sebagaimana juga ia sebagai makanan tambahan yang dibenarkan mengambilnya ketika berlaku sakit.

6) Menstabilkan kencing:
Perlu diingat kencing mengandungi bahan beracun Urea. Tanpa membersihkan air kencing, bahan-bahan beracun tersebut akan masuk ke dalam darah dan seterusnya memberi kesan kepada anggota-anggota tubuh yang lain. Sebagaimana juga boleh membawa kepada batu karang. Mengekali pengambilan minyak zaitun dapat membantu membersihkan kandungan kencing seterusnya dapat memelihara tubuh daripada bahaya pelbagai penyakit.
Memadai menggunakan minyak zaitun dengan meletakkannya ke atas makanan atau mungkin mengambilnya sesudu di waktu pagi dan petang.

8) Merawat Rheumatism, radang urat dan sakit-sakit sendi:
Apabila sendi-sendi anggota ditimpa dengan penyakit tersebut akan menyebabkan pesakit akan merasai sakit ketika bergerak sendi . Di antara sendi-sendi yang terdedah kepada penyakit ini: lutut, bahu, dan tulang belakang. Keadaan ini dapat dirawat dengan mengurangkan bebanan, menggunakan pil-pil penahan sakit seperti pil Fultarine. Menggunakan minyak zaitun dapat memberikan kesan istimewa pada mengurangkan kesakitannya.
Cara penggunaan: Potong kepala bawang putih dan letakkan ke dalam 200gram minyak zaitun dan biarkan bercampur selama 2-3 hari, kemudian gosokkan ke tempat tersebut beberapa kali.

9) Merawat penyakit ghaut:
Penyakit ini berlaku dengan berlakunya radang pada masa-masa tertentu pada sendi-sendi dengan sebab terpendamnya garam Uratis ke dalam darah dan sendi-sendi.
Cara penggunaan: tambahkan lima kuntum bunga segar daripada tumbuhan camomille ke dalam kuantiti yang munasabah daripada minyak zaitun dan rendamkan campuran ini dan biarkan terdedah pada matahari selama 4hari kemudian gosokkan di tempat tersebut.
10) Merawat pecah gusi atau mata ikan:
Menggosokkan minyak zaitun ke tempat tersebut dapat mengurangkan luka atau pecah.

11)Merawat penyakit kulit:
Menggosokkan bisul-bisul yang ada pada kulit dengan buah zaitun yang telah dibuang kulitnya. Ini boleh membantu memecahkan dan mengeluarkan nanah dan bahan –bahan kotor daripada luka tersebut.

12) Melembutkan kulit:
Menggunakan minyak zaitun untuk meminyakkan tubuh untuk memelihara daripada sinaran panas matahari sebagaimana boleh digunakan juga untuk melembut dan melicinkan kulit ketika gatal-gatal terutama pada kanak-kanak.

13) Merawat bintik-bintik pada kulit:
Wujudnya bintik-bintik putih pada kulit terutama di wajah kerana kurang vitamin A,
Penggunaan: Letakkan 100 gram daun zaitun hijau kedalam 200 gram minyak zaitun selama seminggu, kemudian minyakkan ke tempat berkenaan.

14) Merawat keguguran rambut:
Lumurkan minyak zaitun di kepala dengan menutup kepala sebelum tidur selama 10 hari, kemudian mandilah pada waktu pagi menggunakan syampu.

15) Memelihara kecantikan kulit:
Topengkan muka dan tengkuk dengan campuran ½ sudu kecil minyak zaitun dan kuning telur, letakkan beberapa titik perahan lemon kemudian tanggalkan topeng tersebut dengan air suam, tempoh pemakaian sekurang-kurangnya 3jam.

16) Merawat kulit merekah atau kering:
Rekahan-rekahan ini adalah kesan daripada beberapa faktor, antaranya kurang vitamin A pada makanan atau wujudnya kegatalan yang berterusan pada tempat-tempat tersebut.
Cara Penggunaan: Gosokkan tempat-tempat tersebut dengan jumlah yang sama antara pelembab (Gloserin) dan minyak zaitun.

17) Merawat ketidak stabilan darah pada bayi:
Memandangkan kandungan minyak zaitun yang mengandungi kuantiti besar vitamin D yang boleh membantu membentuk dan memperkuatkan tulang khususnya pada kanak-kanak yang masih menyusu sebagaimana ia dapat memberi bahan tambahan kepada wajah semoga semakin berseri. Oleh itu, perlu menghambil jumlah yang besar dari minyak zaitun terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang panjang atau yang tinggal di bilik gelap atau bangunan yang tertutup

doa

*Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, & selawat serta salam ke atas semulia-mulia para Nabi, & para Rasul, & ke atas keluarganya, & sahabat-sahabatnya sekalian.

*Tuhanku, lapangkanlah dadaku & permudahkanlah bagiku urusanku.

*Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung daripada-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, & daripada hati yang tidak khusyu’, daripada nafsu yang tidak pernah puas, & daripada doa yang tidak diperkenankan.

*Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan kelembutan, muliakanlah aku dengan ketaqwaan & perelokkanlah aku dengan kesihatan.

*Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kesedihan & kedukaan, ketakutan, bakhil, lemah, malas, bergelumang dengan hutang & dianiayai orang.

*Ya Allah, sesungguhnya aku seorang yang lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya ake seorang yang hina maka muliakanlah aku, & sesungguhnya aku miskin, maka kayakanlah aku, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.

*Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, kesihatan & kekayaan.

*Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemenangan dalam pengadilan, kedudukan para syuhada, kehidupan orang-orang yang bahagia & pertolongan mengatasi musuh.

*Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada sifat munafik, hipokrit, akhlak yang keji & kesempitan rezeki.

* Ya Allah, anugerahkanlah aku keimanan yang benar & keyakinan yang tidak diikuti kekufuran, & kurniakanlah aku rahmat untuk mendapatkan kemuliaan daripada kemuliaan-Mu di dunia & di akhirat.

*Ya Allah, terangkanlah hatiku dengan cahaya patunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangkan bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya dengan rahmat-Mu, wahai Yang Paling Pemurah.

*Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada akhlak yang keji, perbuatan & keinginan yang tidak baik.

Saturday, July 18, 2009

malaikat dan syaitan....

menurut seorang ustaz, dalam surah al-qaf ayat 21....maksudnye setiap insan akan datang bersamanya malaikat sebagai pengiring dan saksi....begitu juga syaitan....dalam surah al-baqarah....syaitan akan sentiasa menggangu anak adam...oleh itu, renung2kanlah....samaada kita nak menjadi anak adam yang mu'min atau anak adam yang menyekutukan alllah...

menurut seorang ustaz, disisi kita juga ade malaikat nahar dan malaikat lail....malaikat nahar ini adalah malaikat yang akan membuka buku catatan kita pada setiap hari, manakala malaikat lail ini adalah malaikat yang akan menutup buku amalan kita dan menghantar kepada malaikat yang lain untuk dihar kepada allah....oleh demikian sebelum kita memulakan hari kite, kite hendaklah membaca doa dan istighfar kepada allah semoga menjadi hari yang baik bg kite semua....begitu juga sebelum kite tidur lebih afdhal kite membaca doa, beristighfar, selawat ke atas nabi serta ayat kursi...agar buku yang akan dihantar kepada allah itu ditutup dengan kesudahan yang baik....insyaallah....

kursus kt kuis....

alhmdulillah, dah 2 minggu aku kursus bahasa arab kt kuis...semua subjek kena cakap bahasa arab...bile dah dekat gi jordan ni, semua perasaan la ade...gembira pun ade, suka ade, takut pun ade...tapi setelah ada seorang ustaz dr mesir kat kuis tu ckp..."ingat yang penting apabila xde keluarga n orng yg tersayang kat sisi kite apabila kesusahan, ingat allah sentiasa ade...sabar mesti ade walau mcmane pun ujian yang melanda...jangan terlalu percayakan orang, percayakan allah dan rasul...." ...kata-kata ustaz itu memang benar......kat kuis ni, ramai kawan-kawan yang baik dan pandai...aku rase macam rendah diri sangat2...tapi aku tahu allah sentiase ade bersame aku....