Friday, December 16, 2011

kehilangan~

alhamdulillah, kehilangan benda yang sgt berharga sudah cukup buat hati ini sedih, hari ini cukup 5 bulan perkahwinan kami, 2 minggu lepas kami kehilangn anugerah permata yg dinanti2kan pasangn yg baru bernikah....pada 24hb 11, tidak disangka2kan disebabkan negative selepas preg test...malam itu, turun darah n tak syak apa2 mungkin period, keesokan paginye, g toilet tengok ade darah ketulan lain dari period sebelum2 ni, bgtau kt housemate n adik, then g je class walaupun darah dh bnyk turun, sakit perut n sakit pinggang...mmg x senang duduk kt class tapi cool je..:) balik tu dah x thn, drg bnyk n still ketul2...ajak kawan2 g hospital, doc ckp rahim kosong n pregnant pun xde, n doc bg ubat suh datang esok pulak...esoknya g jumpe doc scan n die seluk tgk, die ckp myb dah gugur klu gugur myb dah 3 minggu lps, still x caya...senyap jela..n amik ubt ape yg doc bg....susah jgk nak terima mulanye, senyap je....bgtau family, n my hubby, just bgtau bleeding je, then die terus fly dr mesia ke jordan...sgt2 terharu, sgt2 memerlukan die pada saat itu...alhamdulillah hari ke 10, bleeding dh stop... n today, bad news from my sister, she also misscriage after month...ya allah bnyknye dugaan, hati ini sedih walaupun 3 minggu baru n x tahu lg pulak yg dh 5 bulan n menunggu2 saat baby ini akan lahir, semoga ecah n abg dent tabah, allah nk uji n anak2 kite tggu kt syurga i.allah...ade hikmahnye n myb ade rezeki lain allah bg,,,:).....abg, maafkan ayang, i.allah ade rezeki lain, kite usaha n doa same2 ye...love u sayang,,,:)<3<3<3

Saturday, October 15, 2011

HiDupKu KiNi...

ALHAMDULILLAH
Syukur ke hadrat illahi, sehingga ke saat ini, amal dapat bernafas di bumi ini...sudah 20 hari dibumi irbid memikul amanah dan tugas sebagai mujahidah di bumi irbid ini tanpa suami di sisi....macam-macam perasaan yang datang dan pergi dalam hati ini...saat suami tiada di sisi, jiwa memberontak dan putus asa untuk meneruskan amanah ini sangat2 menguji namun saat itu allah datangkan kesabaran dan ketabahan dalam hati ini...sokongan dan semangat dari suami dan keluarga banyak memberi ketenangan,, kawan-kawan tidak penat memberi kata-kata perangsang....alhamdulillah syukur sangat-sangat....syukran a'laikum

Setiap kali lemah mesti amal akan teringat pesanan-pesanan dari abang..

"to my lovely wife.....
ayang, abang harap sangat-sangat ayang dapat study dengan cemerlang sementara abang tiada di sana k...abang nak ayang try your best to achieve the best muaddal, either jaid jiddan or jaid pun k. i'll alwas praying for us, still allah will always watching for you k. be happy and keep your cute smile always! study well, live happily, i'll always beside you as your supporter!...
from your only husband..
i love u so much....

Walaupun hidup berjauhan selepas kahwin ini, tidak pernah menyesal dengan keadaan ini..hati menjadi semakin tenang dan kekuatan semakin teruji..cinta antara suami isteri semakin kuat dan rindu menjadi tambah dalam mendapatkan pahala....rasa allah sentiasa dekat, menjada diri ini...dan buat adik-adik dan rakan-rakan diluar yang disayangi, untuk menikmati kebahagiaan yang sebenar , dimana pun berada dekat mahupun jauh, apabila sudah menjadi yang halal...i.allah allah akan sentiasa membantu dan memberi ketenangan. bende yang mudah jangan disusahkan sehingga kita memberati kite dengan dosa-dosa....allah yusahhil umurukum...:)

Monday, September 12, 2011

Raya bergelar isteri di kelantan~






Tahun 2011, tahun pertama amal menyambut raya tanpa family di sisi, beraya bersama keluarga mertua di kelantan memang menyeronokkan walaupun kesedihan melanda..:) Suasana kampung yang tidak pernah dirasai, sanak saudara yang peramah...pengalaman baru untuk diri ini..pada hari raya ke-5 beraya dengan family di shah alam...warna tema baju raya tahun ini belah suami, hijau manakala umah family, warna unggu....:) Di kesempatan ini,amal mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini..:)

Hari yang bahagia dalam hidup seorang wanita~

16.9.2011, hari bahagia bagi setiap wanita...diriku bergelar isteri, amanah dantanggungjawab semakin bertambah, berwalikan bapaku dan hantaran mas kahwin 14 dinar 2 dirham menyatukan kami. semoga allah meemberkati perkahwinan kami hingga ke syurga...ameen









Tuesday, September 6, 2011

PERTUNANGANKU~

Pertunanganku ada 16.9.2010...sebagai adat sahaja, dulang diberi 7 dan dibalas 9...ianya bukan sesuatu yang wajib didalam islam tapi hanyalah adat....wallahu'alam



\





Sunday, September 4, 2011

Kisah perkenalanku dan zauji

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi...sudah sebulan 21 hari amal bergelar isteri....dan hari ini amal nak kongsikan dengan family dan rakan2 yang ingin mengetahui kisah cinta amal dan suami yang tercinta...sekadar pengkongsian dan pengalaman hidup.....Perkenalan kami bukanlah sesame sendiri tapi pilihan ibu dan ayah amal dan ada orang tengah k.zie(bukan nama sebenar)..:)...dan untuk pengetahuan, tidak salah perempuan taqdim lelaki macam amal..;0 tapi bukan amalla..ibu ayah amal..;)...namun jodoh antara kami....allah maha mengetahui satukan kami akhirnya..amal syukur sangat2 dapat bertemu ngan abg/sayang/baby...:)
Pada awalnya diusiaku 17 tahun belum lagi menghadapi peperiksaan spm, ibu ada bertanya..”Amal nak kenal dengan seseorang, budak Jordan....ibu n ayah kenal masa pergi ke jamiah yarmouk dan ibu suruh k.zie carikan untuk amal...ydp Selangor(persatuan pelajar2 selangor)”...Amal hanya gelak dan tidak ambil serius langsung tentang apa yang ibu cakap....dan selaku kanak-kanak yang hanya menumpukan pelajaran semata-mata tidak ambil kisah langsung bende2 itu walaupun kakak2 amal sudah berkahwin di usia muda 20 tahun...perkataan kahwin itu belum terlintas lagi dalam fikiran.
Seusai keputusan spm,Bulan 9 tahun 2009 amal ditawarkan ke Jordan dalam bahasa arab, mungkin dah dinamakan jodoh barangkali...:)..Ibu dan abuya berada di Jordan lg sebab ayah amik master dalam fiqh wa usuluhu...ibu dan ayah , mereka adalah ibuayah yang sangat menyanyagi anak2 mereka dan memahami anak2 mereka...dikala banyak ujian dan permainan hati anak mereka ini, lamaran yang datang dan ditolak tanpa alasan.....ibu dan ayah mengambil keputusan untuk mengahwinkan anak mereka...namun apa2 pun terletak ditangan amal, tanpa paksaan.
Ibu dan ayah menghubungi k.zie bertanyakan tentang seorang lelaki bernama MUHAMMAD RAFIEUDIN BIN RASDI....walaupun ibu dan ayah tidak pernah menjumpai lelaki ini tetapi ibu dan ayah suka dan mengangumi lelaki ni , amal pun xtahu....:) hihhi..abg jgn kembang...:) Setelah beberapa hari, gambar pun bertukar tangan dan risikan diantara ibu ayah dan org tengah dan suatu hari, suami amal pun menelefon ibu dan ayah setelah solat istikharah dan minta pendapat org tua dan kawannya die menerima amal...:) ...ibu dan ayah pun menyatakan hasrat mereka untuk menyatukan kami....dan sebagai wanita, semua menginginkan lelaki yang bergelar suami dan ayah yang soleh...amal pun meminta ibu bagi amal masa lebih kurang seminggu untuk amal berfikir dan meminta pertunjuk allah s.w.t dengan jalan yang amal ambil selepas itu....alhamdulillah, syukur sgt2 tidak sampai seminggu, 3 hari amal bersetuju untuk menerima lelaki yang kini bergelar suami amal...
Namun, bukan mudah dalam soal nikah dan perkahwinan ini, banyak ujian dan dugaan dalam menempuhinya.kita hanya mampu merancang allah menentukannya...sebgai seorang wanita, mungkin mudah untuk kita katakan nak nikah lepas kenal...tapi kawan2 diluar sana, tidak semua apa yang apa yang kita inginkan akan terjadi, sebab allah ade menyimpan yang lebih berharga untuk hambanya.....
Setelah hampir setahun, Alhamdulillah kami bertunang tanggal 16.09.2010....dan alam pertunangan adalah alam yang amat2 sukar bagi pasangan yang hampir disatukan oleh allah s.w.t....ujian dan dugaan oleh syaitan dan nafsu, org sudah makan garam mungkin mengetahuinya..:) sama2 diri ini jugak, sabarlah dalam mengecapi kebahagiaan yang sebenar, i.allah hati akan lebih merasainya...;) Namun, sebagai manusia biasa, selepas pertunanganla amal lebih mengenali suami..:)..tapi selepas kahwin lebih mengenalinya....syukran kathir kepada ibu ayah dan k.zie dalam menyatukan kami...semoga allah membalas jasa kalian...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga....16.07.2011, amal diijabkabulkan dengan Muhammad rafieudin bin rasdi...dan diriku kini seorang isteri...semoga allah jadikan hamba2nya soleh dan solehan dan menjadi pemimpin atau imam dalam bahtera rumah tangga dan masid yang dibina...
Akhir kalam,sebagai perkongsian, kepada mereka yang belum bersedia untuk memberi komitmen untuk menjadi suami dan seterusnya menjadi ayah...usahla membina titi yang belum pasti terbinanya jambatan yang boleh dilalui...dan kesediaan itu boleh ditempuhi apabila menghadapinya, jangan jadikan alasan, jgn tunggu kesediaan sbb ianya dtg dgn sendiri......( kata2 ayah amal).....dan sebagai muhasabah diri ini juga, untuk abg tersayang, walaupun cinta ayg terhadap abg no 2, cinta ayg yg utama adalah allah s.w.t.....namun cinta ayg no 1 inilah akan menyatukan kita berdua kelak....i.allah...allahu ma'anaa.

Thursday, September 1, 2011

CINTA~

inta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras.