Tuesday, August 31, 2010

MeRDeKa

Dengan nama allah yang maha penyanyang lagi maha mengasihi.
31 ogos 2010…kemerdekaan Negara kita telah mencapai ke -53…Apakah maksud kemerdekaan ini menurut pendapat ahli –ahli sejarah? Kemerdekaan disini adalah Negara kita telah bebas setelah dijajah oleh kuasa luar selama berates-ratus tahun lamanya…kita sebagai rakyat Malaysia yang menyayangi Negara kita kini aman daripada penjajahan dan hidup dalam belbagai bangsa perlulah menjaga nama baik Malaysia, menyumbang kepada pembangunan Malaysia samaada sedikit atau banyak….bukan itu sahaja, bagi diri ini kemerdekaan ini membawa maksud yang luas dan tersendiri…Apakah maksud kemerdekaan menurut islam? Dalam pespektif Islam, inti dari kemerdekaan adalah tauhid. Dengan demikian untuk menilai sejauh mana seseorang, masyarakat atau suatu negara telah merdeka, maka harus dilihat sejauh mana mereka masih diperbudak oleh aturan, norma, adat istiadat yang bukan dari Allah, tetapi dari bangsa asing, pemimpin diktator atau oleh hawa nafsu mereka sendiri.Oleh demikian kemerdekaan ini bermakud juga adalah kemerdekaan diri kita sendiri…dengan pelbagai unsur luar yang negatif yang berleluasa menjajah minda, perbuatan serta tindak tanduk kita….ADAKAH KITA TELAH MERDEKA?? Amal tulis artikel ini bukan untuk menyedarkan orang lain tetapi diri sendiri…sampai bila kita terus hidup dalam bayangan dan anasir negara luar yang mengelilingi kita? Mungkin secara kasarnya, Negara kita telah bebas daripada penjajahan kuasa luar, namun bagi amal, selagi minda, generasi muda kita masih dibelenggu dengan anasir hitam itu, selagi itu, kemerdekaan yang sebenar belum kita capai....Siapa yang mampu mengubahnya?...HANYA KITA YANG MAMPU……demi kebaikan generasi-generasi yang akan datang dan diri kita sendiri…..sama-sama kita renungi dan fahami..namun bukan setakat itu…kita sendiri yang perlu melakukan anjakan dan merubahnya….wallahu’alam.

Tuesday, August 17, 2010

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya

nk share 1 cite dengan anda semua :)
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin” Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi
hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..


share from....myblog...

pulang~

15/8-pulang ke malaysia...naik kuwait airways...dalam perjalanan melihat gelagat kawan2 yg sudah terbiasa dgn bahasa arab...mengangguk dgn perkataan bahasa arab yg dikeluarkan dr mulut apabila diajukan soalan samaada b.i atau b.m...lawak2...bkn kawan2 je..diri sendiri ade je wat gtu ..:) smpi kt queen alia airport kami dh kelewatan..bergegas-gegas msk kt counter check in..kitorg dh dipggil pleh kakitgn airport bahawa kami last call..memang kelam kabut sikit..tpi alhmdulillah lg 10 minit nk berlps kami semua smpi untuk menaiki pesawat...dalam pesawat, terfikir2 ape ye nak wat dlm masa cuti kt mlysia nie...harap2 xnakla membuang masa dgn melingkar je atas katil lbh2 lg puasa ni..:)

transit kat airport...
kuwait memang panas sbb anginnye yg panas...menyebabkan kami semua mcm kering lagi2 org2 yg berpuasa....turun naik bas smpilah ke safar hotel yg diberikan oleh kuwait airways kepada sesapa yg transit lbh dr 6 jam..kami transit kt sane 9 jam...selepas berehat n berbuka puasa...mmg bestla kt hotel tu...:)kami memulakan langkah untuk menaiki pesawat ke malaysia plk...x sabar rasenye nak smpi berjumpe family...:)


16/8-tepat kul 1.20 pm kami selamat tiba di klia...alhamdulillah syukur...dgn migrainnye..berat je kepala tpi fikir dh smpi mlysia hilang segala sakit...selepas tuntutan bagasi.....menolak troli beg dan tercari2..manela family xnmpk pun...dorg lupe ke nak amik nie?? risaula kan..hihi:)...tibe2 di sebalik tiang...adik2 panggil...amal2...tetiba nmpk ibu n wan...ayah x dtg sebab keje...fhm je sejak dh kerja pejabat nie...sibukla tu...:)

alhmdulillah smpi jgk kt malaysia...semoga percutian ini dapat memberi seribu makna dan menghabiskan masa dgn perkara2 yg berfaedah.....:)

Tuesday, August 10, 2010

Ahlen ya ramadhan~

alhamdulillah....
diberikan umur yg panjang untuk bertemu ramadhan tahun ni....
gembira,sdey,terharu semua ada la bile nak ramadhan nie..rase mcm x cukup je amalan dan umur semakin meningkat...ramadhan silih berganti...masa berlalu pergi...
apakah bekalan kita cukup untuk menemuiNYA....Ramadhan bulan yang mulia bagi umat islam setelah diwajibkan ke atas muslim untuk berpuasa...berbeza dgn bulan2 yang lain...dengan hadirnye ramadhan kali ini dapat sama2 kita mendapatkan pahala sebagai bekalan dan mendekatkn diri kepadanya...

Ta'al ya ramadhan,
Mabrouk bil syahr afdhal,
Huwal syahr ajmal,
Youm soumuna yabda',
Innahu ahla minak a'sal,
Wallahu muta'al....


PUASA: menahan diri daripada lapar dan perkara2 yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari....:)