Sunday, September 4, 2011

Kisah perkenalanku dan zauji

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi...sudah sebulan 21 hari amal bergelar isteri....dan hari ini amal nak kongsikan dengan family dan rakan2 yang ingin mengetahui kisah cinta amal dan suami yang tercinta...sekadar pengkongsian dan pengalaman hidup.....Perkenalan kami bukanlah sesame sendiri tapi pilihan ibu dan ayah amal dan ada orang tengah k.zie(bukan nama sebenar)..:)...dan untuk pengetahuan, tidak salah perempuan taqdim lelaki macam amal..;0 tapi bukan amalla..ibu ayah amal..;)...namun jodoh antara kami....allah maha mengetahui satukan kami akhirnya..amal syukur sangat2 dapat bertemu ngan abg/sayang/baby...:)
Pada awalnya diusiaku 17 tahun belum lagi menghadapi peperiksaan spm, ibu ada bertanya..”Amal nak kenal dengan seseorang, budak Jordan....ibu n ayah kenal masa pergi ke jamiah yarmouk dan ibu suruh k.zie carikan untuk amal...ydp Selangor(persatuan pelajar2 selangor)”...Amal hanya gelak dan tidak ambil serius langsung tentang apa yang ibu cakap....dan selaku kanak-kanak yang hanya menumpukan pelajaran semata-mata tidak ambil kisah langsung bende2 itu walaupun kakak2 amal sudah berkahwin di usia muda 20 tahun...perkataan kahwin itu belum terlintas lagi dalam fikiran.
Seusai keputusan spm,Bulan 9 tahun 2009 amal ditawarkan ke Jordan dalam bahasa arab, mungkin dah dinamakan jodoh barangkali...:)..Ibu dan abuya berada di Jordan lg sebab ayah amik master dalam fiqh wa usuluhu...ibu dan ayah , mereka adalah ibuayah yang sangat menyanyagi anak2 mereka dan memahami anak2 mereka...dikala banyak ujian dan permainan hati anak mereka ini, lamaran yang datang dan ditolak tanpa alasan.....ibu dan ayah mengambil keputusan untuk mengahwinkan anak mereka...namun apa2 pun terletak ditangan amal, tanpa paksaan.
Ibu dan ayah menghubungi k.zie bertanyakan tentang seorang lelaki bernama MUHAMMAD RAFIEUDIN BIN RASDI....walaupun ibu dan ayah tidak pernah menjumpai lelaki ini tetapi ibu dan ayah suka dan mengangumi lelaki ni , amal pun xtahu....:) hihhi..abg jgn kembang...:) Setelah beberapa hari, gambar pun bertukar tangan dan risikan diantara ibu ayah dan org tengah dan suatu hari, suami amal pun menelefon ibu dan ayah setelah solat istikharah dan minta pendapat org tua dan kawannya die menerima amal...:) ...ibu dan ayah pun menyatakan hasrat mereka untuk menyatukan kami....dan sebagai wanita, semua menginginkan lelaki yang bergelar suami dan ayah yang soleh...amal pun meminta ibu bagi amal masa lebih kurang seminggu untuk amal berfikir dan meminta pertunjuk allah s.w.t dengan jalan yang amal ambil selepas itu....alhamdulillah, syukur sgt2 tidak sampai seminggu, 3 hari amal bersetuju untuk menerima lelaki yang kini bergelar suami amal...
Namun, bukan mudah dalam soal nikah dan perkahwinan ini, banyak ujian dan dugaan dalam menempuhinya.kita hanya mampu merancang allah menentukannya...sebgai seorang wanita, mungkin mudah untuk kita katakan nak nikah lepas kenal...tapi kawan2 diluar sana, tidak semua apa yang apa yang kita inginkan akan terjadi, sebab allah ade menyimpan yang lebih berharga untuk hambanya.....
Setelah hampir setahun, Alhamdulillah kami bertunang tanggal 16.09.2010....dan alam pertunangan adalah alam yang amat2 sukar bagi pasangan yang hampir disatukan oleh allah s.w.t....ujian dan dugaan oleh syaitan dan nafsu, org sudah makan garam mungkin mengetahuinya..:) sama2 diri ini jugak, sabarlah dalam mengecapi kebahagiaan yang sebenar, i.allah hati akan lebih merasainya...;) Namun, sebagai manusia biasa, selepas pertunanganla amal lebih mengenali suami..:)..tapi selepas kahwin lebih mengenalinya....syukran kathir kepada ibu ayah dan k.zie dalam menyatukan kami...semoga allah membalas jasa kalian...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga....16.07.2011, amal diijabkabulkan dengan Muhammad rafieudin bin rasdi...dan diriku kini seorang isteri...semoga allah jadikan hamba2nya soleh dan solehan dan menjadi pemimpin atau imam dalam bahtera rumah tangga dan masid yang dibina...
Akhir kalam,sebagai perkongsian, kepada mereka yang belum bersedia untuk memberi komitmen untuk menjadi suami dan seterusnya menjadi ayah...usahla membina titi yang belum pasti terbinanya jambatan yang boleh dilalui...dan kesediaan itu boleh ditempuhi apabila menghadapinya, jangan jadikan alasan, jgn tunggu kesediaan sbb ianya dtg dgn sendiri......( kata2 ayah amal).....dan sebagai muhasabah diri ini juga, untuk abg tersayang, walaupun cinta ayg terhadap abg no 2, cinta ayg yg utama adalah allah s.w.t.....namun cinta ayg no 1 inilah akan menyatukan kita berdua kelak....i.allah...allahu ma'anaa.

3 comments:

  1. masya Allah,kisah cinta yang terjaga insya Allah
    semoge berkekalan kak amal =)

    ReplyDelete
  2. ameen..i.allah..doakan kami bahagian dunia dan akhirat..:)

    ReplyDelete
  3. Insya Allah kekal sampai kesyurga..

    ReplyDelete