Dalam sebuah syarikat pengangkutan kargo menggunakan kereta api ada
seorang pegawai, bernama Nik. Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung
jawab. Tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai
harapan apapun terhadap kehidupannya. Dia melihat dunia ini dengan pandangan
kelam tanpa harapan langsung.
Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang
tahun kelahiran bos mereka. Mereka semua pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.
Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena
pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan. Nik menjerit, memukul pintu
dengan kuat sambil meminta tolong, namun hampa kerana kesemua rakannya sudah
pun pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya. Maka tidak ada yang mendengar
jeritan pertolongannya.
Tangannya sudah merah dan bengkak-bengkak memukul pintu itu, suaranya sudah
serak akibat menjerit kuat, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya.
Akhirnya dia terduduk di dalam sambil menghelakan nafas yang panjang.
Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata: Dalam kontena
sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar
dari situ, pasti akan mati kesejukan. Dia memaksakan diri dengan tangan yang
gementar kesejukan, mencari secarik kertas dan sebatang pen, menuliskan surat
wasiatnya.
Keesokan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka
pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut
menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantar Nik ke hospital
untuk rawatan, tetapi malangnya Nik sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi yang paling
mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu
tidak dibuka, dan dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya. Dan
yang paling menghairankan mereka adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja.
Tetapi Nik mati “kesejukan”!
Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah tetapi dia mati kerana
ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghukum dirinya dengan hukuman mati.
Bagaimana dia dapat hidup terus?
Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa
percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap
keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.
Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah diri kita juga selalu memutuskan bahawa kita
tidak mampu untuk melakukan suatu perkara, sehingga kita kehilangan banyak
kesempatan untuk berjaya? Kehilangan banyak kesempatan untuk belajar berdikari?
Untuk jadi lebih mengerti tentang kehidupan ini?
Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam
hati kita sendiri. Sebelum berusaha, kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri.
Biarpun ada banyak bantuan yang diberikan kepada diri kita, ia tetap tidak akan
membantu jika kita berfikiran negatif setiap masa.
Bosan Dan BosaN
14 years ago
menarik tulisan ni.. Amal krang sendiri ke? MABRUK!
ReplyDelete